Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPu Riz Percaya Berkat Setia Kepada Suami, Membuatkan Rezeki Neelofa Melimpah Ruah

    Pu Riz Percaya Berkat Setia Kepada Suami, Membuatkan Rezeki Neelofa Melimpah Ruah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ucapan rezeki isteri datang dari redha suami itu sering diperkatakan. Mana tidaknya, setiap suami pasti mengimpikan isteri yang bukan saja setia, malah mampu menjaga dan memberi semangat ketika berdepan waktu sukar.

    Dari satu sudut, tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga.

    Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk suami isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT. Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. Ia juga sebagai satu motivasi agar pasangan suami isteri tidak mengambil ringan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

    Pendakwah bebas, PU Riz percaya berkat ketaatan isteri, Neelofa terhadap dirinya membuatkan rezeki wanita kesayangannya itu melimpah ruah.

    PU Riz atau atau nama sebenar, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, bangga dengan pencapaian isteri yang memikat banyak jenama besar melantik dirinya sebagai duta, biarpun berniqab.

    “Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat ketaatan kepada suami dan menjaga syariah.

    “Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa yang diterima isteri,” katanya.

    Riz sentiasa mengingatkan Neelofa agar mematuhi syariah dalam apa juga perkara termasuk soal penampilan.

    Bapa kepada dua cahaya mata itu sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan Neelofa asalkan perkara itu diredai Allah.

    “Muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan bagi segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka,” katanya mengulas pelantikan isterinya sebagai duta jenama antarabangsa bagi ‘stroller’ jenama Hamilton.

    Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 1 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts