Pendakwah selebriti, PU Riz berkongsi situasi yang dialaminya semasa menaiki kapal terbang baru-baru ini.
Tawarkan tempat duduk
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menawarkan tempat duduknya kepada dua orang penumpang wanita.
Bagaimanapun penumpang berkenaan menolak tawaran pendakwah berusia 29 tahun itu.
Naik kapal terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tempat duduk saya 2A.
Nak dijadikan cerita, ada dua orang wanita duduk di 2B dan 2C. Jadi saya pun tawarkan dengan nada yang baik, ‘miss nak duduk dalam ke?’
Salah seorang daripada mereka menjawab, ‘saya beli seat ini!’
Saya senyum dan katakan okay padanya. Sungguh melucukan reaksi seseorang itu berikan.
Memudahkan penumpang
Menurut suami kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa itu, tujuannya untuk menukar tempat duduk tersebut adalah kerana dia merasakan kurang sesuai untuk menyelit di hadapan wanita.
Kita tanya nak memudahkan, tak perlu saya nak menyelit depan wanita..kurang baik.
Tapi apa-apa pun kena bersederhana, kadang kala kita tak tahu apa yang mereka lalui.
Mungkin memang dia dah aim dari awal nak beli seat itu, jadi tenang dan kenali jenis-jenis orang.