Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPU Riz Terkilan Dijerkah Di Masjid- “Saya Hanya Berehat Menunggu Maghrib”

    PU Riz Terkilan Dijerkah Di Masjid- “Saya Hanya Berehat Menunggu Maghrib”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pendakwah selebriti PU Riz, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 29, baru-baru ini meluahkan rasa terkilan selepas dimarahi seorang ahli jawatankuasa sebuah masjid ketika sedang berehat menunggu masuk waktu maghrib.

    Pengalaman tersebut dikongsikan PU Riz di Instagram, di mana dia menceritakan bagaimana dia dijerkah seolah-olah melakukan kesalahan besar hanya kerana berbaring seketika di dalam masjid.

    Menurut PU Riz, dia tidak menyangka tindakannya untuk berehat seketika atau beriktikaf sementara menunggu waktu solat maghrib akan menerima reaksi sedemikian.

    “Pak cik-pak cik yang bertanggungjawab selia masjid, jangan jerit saat orang iktikaf di masjid. Bukan tidur semalaman pun, hanya berehat sekejap menunggu maghrib. Terkejut, kena jerit baring dalam masjid. Sedih juga lah,” katanya dalam hantaran tersebut.

    PU Riz, yang juga suami kepada usahawan selebriti Noor Neelofa, menegaskan bahawa tindakan kasar seperti itu adalah kurang sopan dan tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di rumah Allah.

    “Dia mari (datang) dengan suara yang amat deras dan kuat. ‘Tak boleh tidur dalam masjid, orang marah!’ Siapa nak marah? Nanti kalau kata balik dia rasa kita biadab. Buat apa buat masjid, tapi tak bagi orang duduk sekejap,” ujarnya dengan nada kesal.

    PU Riz juga mengambil peluang untuk berkongsi mengenai amalan iktikaf yang dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, menekankan betapa pentingnya menunggu waktu solat sebagai sebahagian daripada ibadah yang dituntut dalam Islam.

    “Ada manfaat sebenarnya bila tunggu waktu solat. Sabda Nabi Muhammad SAW, ‘menunggu waktu solat itu adalah dituntut dalam agama dan juga iktikaf’,” jelasnya.

    Kisah yang dikongsikan PU Riz ini bukanlah pertama kali terjadi, di mana sering tular cerita mengenai segelintir pengurusan masjid yang mungkin secara tidak sengaja menyalahgunakan kuasa dengan menetapkan peraturan seolah-olah rumah Allah itu kepunyaan mereka.

    ALSO READ:  Fauziah Ahmad Daud Syukur 4 Tahun Jadi Sukarelawan Yayasan Ammirul Ummah, Sasar Agih Sejuta Al-Quran – ‘Ia Bawa Perubahan Besar’

    Walaupun tidak semua berkelakuan sedemikian, tindakan seperti ini boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan jemaah dan seterusnya mengikis minat generasi muda untuk mengunjungi masjid.

    PU Riz berharap agar insiden seperti ini dapat dijadikan iktibar, supaya masjid dapat terus menjadi tempat yang mesra dan terbuka untuk semua, tanpa mengira umur atau latar belakang.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts