Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPU Riz Titip Ucapan Istimewa Buat Abdullah Abbas Sempena ‘Birthday’ – ‘Doa...

    PU Riz Titip Ucapan Istimewa Buat Abdullah Abbas Sempena ‘Birthday’ – ‘Doa Allah Jadikan Adik Hafiz Al Quran & Fakih Dalam Agama’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah bebas yang juga pelakon, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menitipkan nasihat dan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Abdullah Abbas yang genap setahun.

    Cepat masa berlalu

    Menurut PU Riz, kehadiran Abbas sememangnya menjadi penyeri dalam kehidupannya bersama isteri.

    Anakanda abah, Abdullah Abbas, sudah genaplah usiamu setahun. Cepatnya masa berlalu. Diwaktu dikau dilahirkan, kegembiraan abah umi ditambah tanpa disedari. Senyuman yang pernah adik ukirkan adalah antara hadiah dan kesyukuran kami pada sang pencipta.

    Ujar PU Riz lagi, dia memasang impian agar anaknya itu menjadi hafiz Al-Quran dan pakar dalam bidang agama

    Abah doa agar Allah jaga adik. Jadikan adik Hafiz Al Quran, fakih dalam agama selaras dengan nama adik yang dipilih dari antara sahabat Nabi yang telah diredhai dirinya oleh Allah dan juga ahli keluarga Baginda.

    Abah sayangkan Abbas dan nanti bila Abbas sudah mampu membaca dan mungkin jua sudah pun menghafal beberapa surah dalam Quran ketahuilah, itu sahajalah yang abah harapkan agar Abbas ingat ayat suci Allah.

    Bukan itu sahaja, PU Riz turut mengingatkan anaknya itu agar sentiasa menitipkan doa buat kedua ibu bapa.

    Wang ringgit tidak pernah sekali abah harapkan. Cuma kalaulah jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka, adik jangan lupa doakan abah dan umi ya.

    Sekali lagi abah coretkan, jauh dari sudut Hati Abah, adik akan benar-benar genggam kecelikan dalam agama dan bakal jadi insan yang soleh in sha Allah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts