Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPU Syed Bantah Konsert Bruno Mars Di Malaysia?-“Jangan Beri Muka Pada Manusia...

    PU Syed Bantah Konsert Bruno Mars Di Malaysia?-“Jangan Beri Muka Pada Manusia Pro-Zionis…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan bantahan terhadap penganjuran konsert artis antarabangsa, Bruno Mars yang bakal berlangsung pada 17 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Bantah itu ekoran pendirian Bruno Mars yang sebelum ini yang pernah meluahkan rasa cintanya terhadap Israel Ketika mengadakan konsert di negara tersebut pada tahun lalu.

    “Wajib Rakyat Malaysia Turun Untuk Membantah…”

    PU Syed menerusi hantaran di Instagram, turut mempersoal pihak terlibat yang telah menjemput dan membenarkan Bruno Mars untuk hadir membuat persembahan di Malaysia.

    “Wajib bantah!! Jika benar konsert ini akan dianjurkan. Wajib rakyat Malaysia turun untuk membantah dan sekat dari artis pro negara haram jadah itu hadir!!

    Pihak mana yang jemput dan siapa yang benarkan dia hadir? Jangan beri muka pada manusia-manusia pro negara zionis pijak negara kita.”-tegas PU Syed di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

    Netizen Setuju!

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan bantahan PU Syed, malah ada yang menitipkan harapan agar pihak berkuasa akan mengambil Tindakan dengan menbatalkan konsert tersebut.

    “Dah kata Pro-Zionis, sanggup lagi ke rakyat Malaysia support konsert dia ni. Moga Allah kurniakan taufik dan hidayah untuk kita.”

    “Tolonglah jangan beli tiket. Terang-terang di ani support Israel.”

    “Harap ada pembatalan dari pihak berkuasa. Tapi moga diberikan hidayah la kepada pemimpin-pemimpin yang galas Amanah.”

    “Bantah sekeras-kerasnya dari semua pihak.”

    “Malaysia dalam bahaya, pemimpin akhir zaman.”

    “Kami tak redha pada sesiapa yang bersekongkol, yang menyertai konsert ini dan yang memenuhkan konsert ini. Kami tak mahu disoal di akhirat di atas kejahilan yang berleluasa.”

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts