Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberikan bantahan terhadap penganjuran konsert artis terkenal Britain, Ed Sheeran yang bakal berlangsung pada 24 Februari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
PU Syed, beliau meluahkan rasa kesal terhadap pihak terlibat yang berani menganjurkan konsert di saat Ramadhan yang bakal menjelma serta saudara seagama sedang berperang di Rafah dan Gaza.
“Sedang Ramadhan semakin hampir. Sedang rakyat serta sudara seakidah kita sedang dicincang di Rafah dan Gaza. Sedang kita sibuk menentang golongan LGBT. Tetap berani anjurkan konsert dari artis yang pro LGBT!!.”-tulis PU Syed di Instagram
“Hentikan Konsert Ini!!”
Tambahnya lagi, pendakwah bebas ini juga secara tegas membantah penganjuran konsert Ed Sheeran ini yang disifatkan sebagai ‘Konsert Maksiat’.
“Maksiat demi maksiat dianjurkan. Demi kepuasan nafsu dan syaitan. Kami BANTAH konsert ini!! Hentikan konsert ini!!.”
View this post on Instagram
Netizen Setuju!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan bantahan PU Syed, malah ada yang berpendapat konsert yang bakal berlangsung pada minggu depan tidak menghormati kedatangan bulan Ramadhan.
“Orang Malaysia memang lapar konsert ke? Masih lagi nak berseronok dengan keadaan dunia makin tenat, amal nak bawak ke sana nanti entah cukup ke tak. Saudara kat sana tak tidut lena dengan ketakutan dibom. Ustaz-ustaz nak ceramah sampaikan kebaikan punya susah sampai nak tauliah.”
“Bantah konsert!! Tak Hormati kedatangan bulan mulia Ramadhan.”
“Tak paham la dengan Malaysia ni. Nak tunggu bala datang ke baru nak insaf.”