Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Ahmad Bakri Syed Ishak meluahkan rasa kesal terhadap pengajuran konsert kumpulan muzik terkenal dari United Kingdom, Coldplay yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 November ini.
“Lagilah Wajar Penganjuran Ini Disekat & Dibatalkan..”
Menerusi hantaran di Instagram, beliau menegaskan bahawa telah membuat bantahan terhadap kehadiran Coldplay yang didakwa pro- LGBT sejak dahulu lagi, lebih-lebih lagi di saat rakyat P4lestin yang kini masih diserang oleh rejim zionis.
“Saya telah membantah kehadiran Coldplay sejak awal lagi tatkala mendapat tahu yang kumpulan pro- LGBT ini akan membuat konsert di Malaysia ini,
Apatah lagi sekarang di saat umat Islam serta penduduk G4z4 sedang disembelih oleh rejim zionis negara h4r4m jadah tu.
Lagilah wajar penganjuran ini disekat dan dibatalkan.”-tegas PU Syed
Selain kumpulan Coldplay, PU Syed pernah menyuarakan hasratnya yang mahu menghalang konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish Happier Than Ever diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 18 November 2022.
Jelas PU Syed, dia menyifatkan penganjuran konsert itu tidak memberikan manfaat kepada agama, bangsa, dan negara.
Apa komen anda?