Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPU Syed Tegur Selebriti Pakai Baju Motif ‘Bikini’?-“Jangan Campur Aduk Halal, Haram…”

    PU Syed Tegur Selebriti Pakai Baju Motif ‘Bikini’?-“Jangan Campur Aduk Halal, Haram…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam satu hantaran, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Ahmad Bakri Syed Ishak memberikan teguran kepada tiga selebriti yang dilihat menari dengan memakai pakaian yang bermotifkan pakaian dalam di media sosial.

    Mendorong Fitnah Kepada Si Pemakai

    Melalui Instagram, PU Syed menegaskan bahawa biarpun pakaian yang dipakai oleh tiga selebriti tersebut bukanlah pakaian dalam sebenar, namun ia tetap membawa kepada fitnah terhadap pemakainya terutamanya jika dipertontonkan kepada masyarakat.

    “Bila dua tiga orang pelakon wanita senior memakai baju yang bermotifkan pakaian dalam/ bikini sambil berjoget, ini satu contoh yang tak betul kepada peminat-peminat mereka.

    Walaupun bukan memakai pakaian dalam yang sebenar, tetap dengan memakai baju yang bergambar pakaian dalam tersebut ianya telah membawa kepada fitnah yang memakainya, apatah lagi jika pemakaiannya itu dipertontonkan kepada masyarakat walaupun sekadar konten.”-tegas PU Syed

    “Jangan Campur Adukkan Yang Halal, Haram & Syubhah…”

    PU Syed juga mengingatkan para penggiat seni untuk tidak mencampur adukkan perkara yang halal, haram, dan syubhah dalam kehidupan. Walaupun pemakaian tersebut lebih sesuai untuk tontonan suami, beliau menegur agar tidak mengambil mudah masalah ini.

    “Boleh sahaja kalian nak pakai baju yang bergambar sebegitu atau memang nak pakai pakaian sebenar, tetapi hanya untuk suami kalian, bahkan untuk suami kalian, tak pakai apa pun dah halal bagi mereka.!

    Ingatan saya buat semua penggiat seni dalam tanah air ini, jangan campur adukkan yang halal, haram dan syubhah dalam kehidupan kita. Apatah lagi kalian boleh menjadi daya penarik terhadap peminat-peminat kalian. Dan saya risau ianya akan menjadi contoh dan ikutan yang tidak baik.”-tegur PU Syed lagi

    Siapakah selebriti yang dimaksudkan oleh PU Syed? Apa komen anda?

    ALSO READ:  Rakan Selebriti Beri Respon Isu ‘Backstage’ Konsert Siti Nurhaliza -“Marahlah Saya Kak Iti..”

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts