Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPU Syed Tegur Usahawan Sensasi Isu ‘Solat Lepas Subuh’?-“Sekarang Mungkin Awak Banyak...

    PU Syed Tegur Usahawan Sensasi Isu ‘Solat Lepas Subuh’?-“Sekarang Mungkin Awak Banyak Harta….”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, pernah tular berita mengenai seorang usahawan sensasi yang berkongsi kepercayaan serta kebaikan feng shui untuk memilih lokasi kediaman, yang mencetuskan kritikan netizen di media sosial.

    Tidak berdiam diri, usahawan berkenaan turut membidas netizen yang mengkritiknya untuk tidak ‘acah bagus’ serta tunjuk hebat.

    PU Syed Bersuara Isu ‘Solat Lepas Subuh’

    Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama penuhnya Syed Ahmad Bakri Syed Ishak menerusi hantaran di Instagram, meminta usahawan terlibat untuk memperbetulkan kenyataan isu ‘solat lepas subuh’.

    “Buat KKM, betulkan statement awak ya. Bukan solat lepas subuh, tapi solat sunat sebelum subuh atau solat sunat fajar yang disebut oleh Rasulullah, pahalanya lebih bernilai dari dunia dan seisinya.

    Tiada solat sunat lepas subuh. Sebab waktu itu adalah waktu haram solat. Namun jika, matahari dah terbit ada solat sunat dhuha. Boleh rujuk Takwim.”-tegur PU Syed

    “Sekarang Mungkin Awak Banyak Harta…”

    Dalam pada itu, PU Syed turut meminta usahawan tersebut untuk bersyukur dengan harta yang banyak serta memberikan contoh tauladan yang baik kepada orang ramai.

    Adapun solat memang tak menjadikan orang itu kaya, tapi boleh menjadi asbab dimurahkan rezeki.

    Sekarang mungkin awak banyak harta. Bukan asbab usaha semata, tetapi kurniaan dari Yang Esa. Bersyukurlah dan tunjuklah contoh yang baik ya.”-tulis PU Syed lagi

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts