Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 8, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPunca Kematian Jocelyn Wildenstein, “Catwoman” Terkenal Dengan Pembedahan Plastik Ekstrem Terbongkar

    Punca Kematian Jocelyn Wildenstein, “Catwoman” Terkenal Dengan Pembedahan Plastik Ekstrem Terbongkar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sosialit Switzerland, Jocelyn Wildenstein yang terkenal dengan gelaran “Catwoman” ditemui meninggal dunia beberapa jam sebelum sambutan Tahun Baru, selepas pasangannya, Llyod Klein mengesahkannya. 

    Jocelyn dikenali sebagai “Catwoman” kerana wajahnya seperti kucing, yang diubah melalui pembedahan plastik yang ekstrem. Dia juga popular dengan kes perceraian berprofil tinggi pada tahun 1999.

    View this post on Instagram

    A post shared by JOCELYNE WILDENSTEIN (@jocelynewildenstein)

    “Kamu mempunyai waktu yang sangat menggembirakan pada hari yang sama (sebelum sambutan Tahun Baru). Sebelum bersiap untuk Tahun Baru, kami tidur sebentar untuk kelihatan segar sebelum bersiap”, kongsi Llyod.

    View this post on Instagram

    A post shared by JOCELYNE WILDENSTEIN (@jocelynewildenstein)

    Llyod yang juga seorang pereka fesyen, menyatakan kematian Jocelyn itu disebabkan oleh penyakit felbitis. Penyakit ini menyebabkan keradangan pada urat kakinya di mana embolisme pulmori akhirnya membunuhnya.

    “Disebabkan oleh flebitis, kakinya jadi bengkak dan darah tersumbat hingga tiada oksigen dalam otak. Apabila saya bangun tidur, saya berkata, “Jocelyn kita perlu bangun dan bersiap”, dan dia tidak bergerak. Dia kesejukan dan telah meninggal dunia.”

    Siapa Jocelyn Wildenstein? 

    Jocelyn Wildenstein atau nama sebenarnya Jocelyn Périsset dilahirkan di Lausanne, Switezerland pada 5 Ogos 1940. Dia telah berkahwin dengan ahli perniagaan seni, Alec Wildenstein pada 1978.

    View this post on Instagram

    A post shared by JOCELYNE WILDENSTEIN (@jocelynewildenstein)

    Setahun selepas berkahwin, Jocelyn mula melakukan pembedahan plastik tanpa berhenti seperti mengangkat mata (eye lifts). Alasannya, pembedahan plastik itu dilakukan kerana Alec tidak mahu dilihat bersama orang tua.

    View this post on Instagram

    A post shared by JOCELYNE WILDENSTEIN (@jocelynewildenstein)

    Selepas beberapa prosedur, Jocelyn dijuluki gelaran “Catwoman”, di mana dia mendedahkan dia benci gelaran itu. Jocelyn menegaskan beberapa ciri wajahnya adalah semula jadi.

    Sosialit ini kemudiannya bercerai dengan Alec dan telah mendapat $2.5 bilion dan $100 juta sebelum difailkan muflis pada tahun 2018.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts