Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPunggung Makin Bulat, Montok & Seksi Selepas Lakukan Ini Malam-Malam

    Punggung Makin Bulat, Montok & Seksi Selepas Lakukan Ini Malam-Malam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Punggung kamu kendur, leper atau tak berbentuk seperti yang diidamkan?

    Ada sesetengah wanita, mereka dilahirkan dengan bentuk punggung yang perfect, Di mana punggung mereka berbentuk bulat cantik, montok dan seksi. Dan sesetengahnya lagi, memiliki punggung dalam bentuk yang kurang seksi dan tidak montok. Bagi golongan begini, apa yang mereka perlu lakukan?

    Antara senaman yang boleh kamu lakukan bagi dapatkan punggung idaman adalah…

    Senaman 1: Kick Squat 

    Foto – Pinterest

    Cara-caranya:

    1. Berdiri dan buka kaki selebar bahu.
    2. Turun perlahan-lahan cangkung dengan badan yang tegak pada sudut 90°.
    3. Kemudian beridiri dengan tegak dan tendang ke hadapan dengan kaki kanan.
    4. Ulang sebanyak 6-10 kali dan selang selikan kaki kanan kepada kaki kiri semasa di langkah (5).

    Senaman 2: Squat Side Kick 

    Foto – Pinterest

    Cara-caranya:

    1. Berdiri dan buka kaki selebar bahu.
    2. Perlahan-lahan tukar ke kedudukan mencangkung pada sudut 90°.
    3. Pastikan punggung tidak turun bawah melebihi daripada lutut.
    4. Kemudian berdiri dan angkat kaki kanan dan tendang ke tepi.
    5. Kembali ke posisi (2) dan ulang sebanyak 10-12 kali sebelum tukar kaki di (4).

    Senaman 3: Deep Squat 

    Foto – Pinterest

    Cara-caranya:

    1. Berdiri dengan kaki yang dibuka selebar bahu.
    2. Turunkan badan sehingga punggung bersentuh dengan belakang betis.
    3. Pastikan tangan dijulurkan ke hadapan untuk seimbangkan badan.
    4. Tarik nafas di hidung dan hembus nafas di mulut.
    5. Tahan selama 15 saat dan kembali ke posisi asal. Ulang pergerakan sebanyak 12-14 kali.

    Kalau waktu siang kamu tiada masa dan terlalu sibuk, lakukan senaman ini pada waktu malam ye. Hanya luangkan sekitar 20-30 minit setiap hari. Selamat mencuba!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts