Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPutera Mateen & Dayang Anisha Sah Bernikah, Sultan Hassanal Bolkiah Beri Pesanan...

    Putera Mateen & Dayang Anisha Sah Bernikah, Sultan Hassanal Bolkiah Beri Pesanan ‘Special’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dengan sekali lafaz, Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Mulia (YM) Dayang Anisha selamat diijabkabulkan semalam (11 Januari 2024). Majlis akad nikah itu dilakukan di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei.

    Majlis akad nikah tersebut turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan bapa pengantin diraja perempuan; Awang Adam Abdullah. Upacara menikahkan Dayang Anisha dan pasangannya itu diwakilkan kepada Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim dengan mahar sebanyak $1000 dolar Brunei (RM3498).

    Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja dimulakan dengan awang-awang menyalakan Diam Empat sebagai lambang keunikan adar Istiadat Diraja Brunei. Selepas lafaz kabul disahkan, sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan menandakan istiadat tersebut sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

    Selepas menandatangani dokumen perkahwinan, Pengiran Muda Abdul Mateen kemudiannya menghadap ayahandanya iaitu Sultan Hassanal Bolkiah. Ketika bersalaman, Sultan Hassanal Bolkiah turut mendoakan dan memberi pesanan kepada pengantin baru.

    “Semoga Allah merahmati kamu berdua. Semoga Allah memberkati anda berdua. Dan semoga Allah menyatukan kamu suami isteri dalam kebajikan.”

    Memberikan pesanan kepada pasangan suami isteri itu, Sultan Hassanal Bolkiah berharap kedua-dua mempelai diberkati oleh Allah s.w.t dalam rumah tangga mereka.

    Semasa majlis akad nikah, Pengiran Muda Abdul Mateen mengenakan busana songket serba putih. Manakala YM Dayang Anisha pula, dikatakan hanya mengenakan pakaian serba putih dengan selendang.

    ALSO READ:  Intai Busana YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Sepanjang 10 Hari Istiadat Perkahwinan Diraja

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts