Pelakon, Puteri Balqis tampil membalas kritikan salah seorang netizen yang menyindir ibunya Norashikin Mohd. Aziz yang menangis dalam satu video yang dimuatnaik di Instagram, meluahkan rasa kecewa kerana kes cabul anak perempuannya yang belum mendapat pembelaan yang sepatutnya.
“Boleh ya nangis tu buat live? Tak buat live tak boleh menangis ke? Zaman sekarang, luah pada Tuhan, bukan luah pada semua, lebih elok luah pada Allah SWT di tikar sejadah.
Maafkan saya kalau tak suka, lebih tenang, lebih elok luah di tikar sejadah, tu lebih baik, dari buat video tunjuk pada orang, tak guna, minta petunjuk dari Allah.”-komen salah seorang netizen di Instagram
View this post on Instagram
Aqish Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish membidas komen netizen berkenaan dengan menyifatkannya sebagai ‘penunggang agama’ yang berselindung di sebalik agama.
“Jantan si**, mak aku boleh menangis, meraung, gelak sebab dia manusia. Jantan si** macam kau la yang banyak berlindung di sebalik agama. Manusia keparat macam kau lahir untuk apa?
Untuk bagi orang menderita? Jantan si** macam kau penunggang agama, memang itu je jawapan kau. Tutup sejadah kau, campak songkok kau, pakai otak, pakai hati untuk jadi manusia yang ada perikemanusiaan. Tak habis-habis dengan ayat bodoh kau.”-bidas Aqish
Dalam pada itu, ibu Puteri Balqis turut mendedahkan mengenai suaminya yang pernah memaksanya tidur di dalam satu bilik yang dipenuhi dengan lelaki sedang berkhayal disebabkan dadah dan ada yang melakukan onani.