Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPuteri Balqis Titip Puisi ‘Broken Child’ Buat Anak Fazura & Fattah –...

    Puteri Balqis Titip Puisi ‘Broken Child’ Buat Anak Fazura & Fattah – ‘Bila Kau Membesar, Aku Pasti Kau Tidak Akan Menyalahkan Sesiapa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Puteri Balqis mencuri perhatian apabila berkongsi luahan hatinya buat anak kepada Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin iaitu Nur Fatima Aisya.

    Puisi ‘broken child’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

    Menerusi perkongsian di Instagram(IG), Balqis yang memuat naik hantaran berbentuk puisi berharap agar Fatima membesar dengan cekal selepas penceraian ibu dan bapanya iaitu Fattah dan Fazura.

    Menurut Balqis, meskipun sudah berpisah, Fattah dan Fazura sama sekali tidak akan pernah melupakan tanggungjawab mereka terhadap Fatima.

    Tinggi pengorbanan ayah dan ibumu. Biar ayahmu terpaksa menghilang seketika, namun rindu, tanggungjawabnya pada seorang anak tidak sekali diabaikan walau keadaan memaksa.

    Biar ibumu dihina, kasihnya padamu tiada tara. Keduanya punya cinta yang tinggi buatmu. Masyarakat dan artis cuma memekik, memerli sini sana ketika masih bernyawa. Mengambil tahu untuk beberapa hari cuma.

    Bising seketika, biarkan dengan ilusi mereka. Bila kau membesar, pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa, seperti mana yang mereka gembar-gemburkan.

    Fatima akan bijak membuat keputusan

    Tambah pelakon berusia 17 tahun itu lagi, orang ramai di luar sana hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan apa yang mereka lihat sahaja seolah-olah mereka berada di tempat orang yang berdepan masalah.

    Apa yang mereka harapkan padamu, sama seperti apa yang mereka harapkan berlaku padaku, satu waktu dulu.

    Mereka mengharapkan aku membenci ibuku. Sedangkan apabila tiba waktunya aku lebih membenci mereka.

    Tidak pernah sekalipun dibukanya derita sebenar selama lebih 10 tahun. Tapi, sekali dibuka maka bertempiklah mereka mengatakan ini aib.

    Aku saksi kecil yang berdiam, menyaksikan derita ibuku sekian lama. Maka ini aku tidak peduli lagi kata-kata mereka.

    Malah, kasih kepada ibuku makin kuat. Yang ada dalam diri aku hanya, penyesalan kerana tidak mampu mempertahankannya ketika ibuku menerima hinaan masyarakat dan orang industri.

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘KL Special Force’ yakin bahawa Fatima akan membesar menjadi seorang anak yang boleh membezakan antara baik dan buruk serta bijak dalam membuat keputusan.

    Tapi ini aku kerana aku cuma ada ibu. Kisah kita sangat berbeza. Masa akan tiba untuk kau lebih bijak, berfikir dalam membuat keputusan.

    Dengarlah luahan mereka, jadilah pengubat derita mereka. Aku pasti tiada ego di hati mereka untuk memohon maaf padamu kerana kau permata yang dikasihi.

    Terlalu jauh jika dibandingkan derita kehidupan ‘broken child’ yang sebenar. Anak sepertimu masih beruntung berbanding anak seperti kami.

    Maka bergembiralah anak seperti kami. Maka bergembiralah wahai anak kecil. Jangan kau sedih dengan pandangan manusia lain. Kau berhak bahagia.

    Di akhir hantaran, Balqis menitipkan ucapan terima kasih buat Fattah dan Fazura kerana telah membesarkan Fatima dalam keadaan yang baik.

    ALSO READ:  [VIDEO] Hafiz Mahamad Perjelas Isu Cium Hajarul Aswad!-“Niat Saya Sebenarnya Adalah…”

    Perkongsian yang dibuat Balqis itu bukan sahaja meraih perhatian wargamaya malah turut mendapat respon daripada Fazura.

    Menjengah ke ruangan komen, Fazura mengucapkan terima kasih atas luahan hati tersebut dan mendoakan agar Balqis kuat mengharungi ujian yang dihadapinya.

    Komen Fazura

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts