Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPuteri Sarah Anggap Sudah Takdir Syamsul & Ira Kazar Bercerai – ‘Saya...

    Puteri Sarah Anggap Sudah Takdir Syamsul & Ira Kazar Bercerai – ‘Saya Enggan Tambah Penderitaan Sesiapa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Puteri SarahPuteri Sarah

    Pelakon Puteri Sarah menganggap perceraian antara bekas suami, Syamsul Yusof dan Ira Kazar merupakan takdir yang sudah tertulis buat mereka.

    ‘Sudah takdir’

    Puteri SarahPuteri Sarah

    Memetik Harian Metro, Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 39, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perceraian Syamsul dan Ira.

    Ini adalah takdir yang sudah tertulis buat mereka. Saya dan Syamsul sudah tiada apa-apa ikatan hanya berurusan hal anak-anak saja.

    Apa yang berlaku hari ini, saya tak nak komen apa-apa. Saya enggan menambah penderitaan sesiapa.

    Dalam pada itu, disoal adakah akan kembali menerima Syamsul dalam hidupnya, Sarah berkata, dia kini hanya mahu memberikan fokus kepada dua cahaya matanya.

    Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah. Saya nak cari duit untuk anak-anak. Saya nak besarkan mereka sebaik mungkin.

    Terdahulu, Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu di  Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis.

    Mahkamah mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos lalu.

    Sebelum ini, pengarah filem KL Gangster ini mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.

    Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada persefahaman.

    Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts