Bapa kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Megat Kamaruddin meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu menaja dia dan isteri pergi menunaikan Umrah.
Hadiah pergi Umrah
Menganggap itu merupakan antara hadiah yang bermakna, Megat Kamaruddin berkata dia berasa teruja untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu bersama agensi pengurusan In Saff Travel & Tours Sdn Bhd.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Puteri Sarah kerana menaja saya dan mamanya pergi Umrah bersama In Saff Travel & Tours Sdn Bhd.
Agensi ini sangat bagus, very well organised. Ini kali pertama saya dengan In Saff Travel dan saya lihat semua diatur dengan cantik sekali.
Saya pernah pergi dengan agensi lain, selalunya bila pertama kali pasti tahap perasaan resah (anxiety) itu tinggi, tetapi dengan agensi ini saya yakin semua first timer akan rasa okay.
Memang sangat disarankan untuk semua, malah saya fikir selepas ini nak pergi Mesir nanti ingin gunakan agensi ini juga.
Megat Kamaruddin berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum dia berangkat ke Tanah Suci, pada Khamis.
Sementara itu, Puteri Sarah berkata niatnya untuk membawa kedua ibu bapanya pergi ke Makkah akhirnya tercapai.
Malah, dia yang sebelum ini pernah menggunakan khidmat agensi sama berasa berpuas hati dengan layanan dan servis yang diberikan.
Saya sudah pergi Umrah sebanyak tiga kali bersama In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. Dua kali bersama anak-anak dan sekali pergi secara solo.
Alhamadulillah sepanjang bersama agensi ini sangat dipermudahkan. Terima kasih sangat-sangat kepada pasukan termasuk mutawwif yang sentiasa bantu saya. Saya bagi lima bintang.
Sangat berpuas hati dan hajat memang nak bawa mama dan abah pergi ke Umrah.
Tawaran menarik
In Saff Travel & Tours Sdn Bhd diasaskan oleh empat orang lepasan pelajar Universiti Ummul Qura di Makkah iaitu Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin Ahmad Jasni.
Menurut salah seorang pengasasnya, pelbagai promosi menarik yang ditawarkan pihaknya sepanjang tahun ini.
Antara promosi pada tahun ini, penerbangan domestik percuma dalam semenanjung sahaja ke KLIA. Bagi peserta dari Sabah, perlulah menambah RM400 dan dari Sarawak hanya RM300 sahaja.
Selain itu, In Saff Travel & Tours turut menawarkan tiket kereta api percuma dari Madinah ke Makkah atau dari Makkah ke Medina dan naik taraf tiket kereta api kelas perniagaan (bussiness class) secara percuma dari Makkah ke Madinah atau dari Madinah ke Makkah.
Dalam pada itu, kami juga turut menjalankan beberapa kempen yang lebih holistik antaranya, pakej edisi istimewa (Special Edition) selama 9 hari 7 malam yang akan berlepas pada 2 dan 3 Mei ini. Dua buah kapal terbang telah disewa khas yang akan menerbangkan para jemaah umrah. Agensi ini juga mencatatkan penjualan 566 tempat duduk dalam masa yang singkat.
Selain itu, In Saff Travel & Tours juga mempunyai pakej umrah pelbagai dengan 3 variasi hari antaranya, 9 hari 7 malam serendah RM4970 sahaja. Pakej lain, 12 hari 10 malam dan 22 hari 20 malam. Para jemaah boleh memilih pakej mengikut bajet dan kesesuaian tempoh lawatan yang diinginkan. In Saff juga ada menawarkan produk pelancongan percutian islamik di Acheh,Turki dan sebagainya
Sekadar info, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 1 Disember 2014 dengan menawarkan servis pengendalian pakej umrah, pengurusan tiket domestik dan antarabangsa, pengurusan visa, pengurusan badal haji dan umrah dan penempahan hotel.
Selain itu, agensi ini turut menjalankan servis trip korporat bagi percutian islamik dalam dan luar negara serta pengurusan korban, aqiqah dan dam.