Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPuteri Sarah Menghargai Bella Astillah dan Menyarankan Untuk Fokus Pada Anak-Anak

    Puteri Sarah Menghargai Bella Astillah dan Menyarankan Untuk Fokus Pada Anak-Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Puteri Sarah mengakui turut terkesan dengan masalah yang melanda rumah tangga aktres, Bella Astillah bersama aktor dan penyanyi Aliff Aziz.

    Artikel berkaitan: ‘Saya Sedih..Mungkin Sebab Hari-Hari Dengar & Tengok Bella Menangis’ – Puteri Sarah

    Artikel berkaitan: Puteri Sarah Kongsi Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah – ‘Kamu Tahu Melepaskan Itu Indah’ 

    Dapat rasa Bella sembunyi masalah

    Menurut Puteri Sarah, Bella bijak menyembunyikan masalah yang berlaku.

    Kata aktres berumur 38 tahun, dia sedar ada berlaku perubahan pada diri Bella seperti suka memendam masalah namun dia sebagai orang luar hanya mampu memberikan kata-kata semangat.

    Kali terakhir saya bertemu Bella ialah ketika di Brunei dua minggu lepas. Ketika itu dia masih senyum lagi. Seorang yang ceria cuma dia ada cakap perlukan semangat daripada saya.

    Saya tak tahu apa sedang berlaku, saya cuma tahu dia ada masalah dan sentiasa sokong serta beri semangat padanya.

    Sebagai kawan, saya tahu ada sesuatu tidak kena. Masa kejadian khalwat berlaku, saya ada hubungi dan beri semangat dan sokongan.

    Saya bukan nak melebih-lebih tapi saya pun akan marah kalau ada perkara buruk berlaku pada Bella.

    Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis berbuka puasa anjuran Mask Team yang diadakan di Palmierre 28 Cafe, Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Fokus pada anak-anak

    Selain itu, Sarah turut berpesan kepada Bella untuk memberikan fokus terhadap kehidupannya dan anak-anak.

    Kita ada anak-anak dan fokus energi pada mereka dan jangan fikir benda lain. Jangan fikir benda lain sebab ia boleh menjatuhkan kita.

    Bila ada anak-anak, kita ada segalanya. Anak-anak adalah keutamaan kita.

    Mengulas tentang perkongsian yang ditujukan buat Bella di Instagram, katanya puisi tersebut pernah dijadikan sebagai ilham semasa rumah tangganya bergolak.

    Sebagai kawan yang sangat baik, saya memang turut terkesan.

    Puisi yang saya kongsikan itu adalah petikan daripada buku puisi saya ketika bercerai dulu. Saya kongsi kepada Bella sebagai kata semangat.

    Terdahulu, Aliff Aziz dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada Sabtu.

    ALSO READ:  Kieda Akur Pempengaruh Jason Bagi Rating 4.2 Untuk ‘Crepe’ – ‘Betul, Inti Durian Dimasak Dengan Custard’

    Susulan itu, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu.

    Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts