Pelakon Puteri Sarah memberi penjelasan mengenai aktor dan usahawan, Andi Arsyil yang tidak lagi kelihatan semasa membuat ‘live’ di TikTok untuk menjual produk kecantikan.
Artikel berkaitan: Puteri Sarah Tak Serik Nak Kahwin Lagi, Pintu Hati Terbuka Cari Cinta Baharu – ‘Saya Pun Muda Lagi’
Artikel berkaitan: ‘Gunung Begitu Dalam & Tinggi, Seperti Hati’ – Puteri Sarah ‘Tinggal’ Komen, Emoji ‘Love’ Di Instagram Andi Arsyil
Dituduh gunakan Puteri Sarah
Menerusi perkongsian di TikTok, Sarah berkata, Andi bimbang ada segelintir netizen yang mendakwa dirinya menggunakan nama Puteri Sarah untuk mempromosikan produk tersebut selain menuduhnya sebagai ‘biawak hidup’.
Sejak beberapa hari ni bila keluar gambar, netizen suka cakap benda yang tak baik pasal bapak (Andi).
Bila dia baca membuatkan dia tak nak datang ke sini lagi dan sertai ‘live’ sebab ada yang kata dia memanfaatkan dan menggunakan Puteri Sarah. Dia juga dituduh sebagai ‘biawak hidup.’
Mungkin daripada kata-kata orang itu yang membuatkan ada segelintir netizen yang percaya dan bila nampak bapak (Andi), dia marah itu yang mula komen macam itu.
Jadi, disebabkan benda-benda negatif macam itu pengaruh orang lain untuk berkata dia begitu.
Tambah Sarah, dia yang meminta pertolongan Andi untuk membuat ‘live’ bersama memandangkan dia pemilik produk kecantikan berkenaan.
Saya nak jelaskan dekat sini sebelum korang kata dia gunakan saya sebab Lumier (produk kecantikan) dekat Indonesia tak laku bila datang Malaysia baru laku, sebenarnya dekat Indonesia dari tahun 2019 lagi cuma dia tak bagitahu dia pemilik.
Dan saya yang panggil dia ke sini untuk bantu saya ‘live’ dan buat kelas untuk korang.
Andi tidak dibayar
Dalam pada itu, Sarah menegaskan Andi tidak dibayar dan segala kos datang ke Malaysia adalah tanggungannya sendiri.
Saya tak bayar pun dia tau. Dia datang ke sini bayar sendiri tiket penerbangan dan bayar hotel dekat sini beberapa hari. Itu pun dah berapa ribu habis.
Datang buat ‘live’ sampai tiga, empat pagi bagi kelas dekat korang tapi kena tuduh biawak apa semua.