Usahawan dan selebriti media sosial, Puteri Zarith mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan bekas suami, Dr Munzir Shkori di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, pada jam 12 tengah hari, Isnin.
Cerai secara hakam
Ketika dihubungi , Puteri memberitahu hakim memutuskan untuk mereka bercerai secara hakam selepas Dr Munzir enggan melafazkan talak secara rela.
Saya sudah sah bercerai talak satu dengan bekas suami. Kami bercerai secara hakam.
Mulanya saya fikir dia akan bersetuju untuk lafaz cerai, tetapi dia enggan. Jadi hakim putuskan cerai secara hakam.
Dalam pada itu, Puteri berkata dia ingin memulakan fasa hidup yang baharu dengan lebih indah.
Saya rasa seperti dilahirkan semula, ‘reborn’. Semoga segala yang baik-baik untuk saya selepas ini.
Saya mahu menjalani kehidupan dengan indah, insya-Allah.
Terdahulu, Puteri menfailkan perceraian terhadap bekas suami pada Julai 2024.
Rumah tangga mereka dilaporkan mula bergolak apabila Puteri memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dengan bekas suami sejak Aidilfitri tahun lalu.
Imbas kembali, Puteri Zarith dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Darwish dan Puteri Medina.