Usahawan selebriti, Puteri Zarith memberitahu kepada bahawa urusan perceraiannya bersama suami, Dr Munzir Shkori masih berlangsung dan belum menemui titik noktah.
Harap selesai segera
Puteri yang ditemui selepas selesai majlis eksklusif preview Riviera Raya Lebaran Fiziwoo di Setiawangsa, baru-baru ini, berharap urusannya itu dapat diselesaikan segera supaya tidak menganggu emosi anak-anak.
Ia masih dalam proses, sebenarnya ia lama juga, hampir setahun juga kes ini berlangsung. Ramai yang beranggapan kami sudah berpisah tetapi tidak, jadi doakan semuanya dipermudahkan.
Saya harap cepat-cepatlah selesai dan tak mengganggu emosi anak-anak juga. Sebab zaman kini semuanya melalui media sosial, mereka juga baca dan sebagainya, jadi tak baguslah.
Diminta untuk mengulas mengenai perasaan anak-anak tentang kemelut yang dilaluinya, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui ia sangat mencabar. Ujar Puteri, anak lelakinya turut mengalami gangguan emosi.
Perkara itu paling sukar sekali untuk saya hadapi, sebab anak-anak saya semua dah besar, kalau masih kecil seperti dua tahun saya masih okay lagi. Mereka dah besar mungkin mereka tahu situasi yang dilalui ibu bapa mereka, sekarang anak perempuan saya baik saja dia terima seadanya.
Cuma yang lelaki ada buat perangai, mungkin emosi dia terganggu. Selama ini kami duduk berempat, mungkin juga dia perlukan ayah dia.
Disoal mengenai komunikasi bersama suami, Puteri mengakui mereka masih berkomunikasi demi anak-anak. Bahkan, suaminya sering melawat anak-anak dan mereka bergilir uruskan persekolan anak-anak.
Kami berkomunikasi seperti biasa dan Dr juga ada datang melawat seperti biasa. Sebelum dia datang pun dia hubungi saya. Kami juga bergilir-gilir uruskan persekolahan anak. Komunikasi itu ada.
Alhamdulillah okay. Kes yang sedang berlangsung di mahkamah itu saya tak boleh berkongsi lebih sebab takut mengganggu proses itu.
Ia proses yang panjang, kalau nak dipendekkan pun boleh saja tapi begitulah…doakanlah agar tahun ini selesai semuanya.
Terdahulu, Puteri Zarith mengesahkan dia memfailkan perceraian terhadap Dr Munzir dan keputusan dibuat selepas melalui proses perbincangan secara baik.
Sekadar info, Puteri Zarith dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Darwish dan Puteri Medina.