Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPuteri Zarith Tidak Berpuas Hati dengan Netizen yang Mengaitkan Kekurusannya dengan Penyakit...

    Puteri Zarith Tidak Berpuas Hati dengan Netizen yang Mengaitkan Kekurusannya dengan Penyakit – ‘Seringkali Terpaksa Menghentikan Komentar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Puteri Zarith baru-baru ini memberitahu kepada bahawa dia menerima komen negatif berhubung saiz fizikalnya yang dilihat semakin kecil.

    Tak suka orang kaitan kurus dengan sakit

    Menerusi temu bual di majlis exclusive preview Riviera Raya Lebaran Collection Fashion Presentation 2024 di Maison Fiziwoo, Setiawangsa, Puteri berkata dia tidak kisah sekiranya orang menegur bentuk badannya semakin kurus, namun dia tidak gemar apabila orang mengaitkan penurunan berat itu disebabkan sakit.

    Bila berat badan berlebihan, cakap tembam la dan macam-macam lagi. Itu dah jadi body shaming. Walaupun saya jual produk untuk kurus pun, saya tak cakap ia sesuai untuk orang gemuk. Perkataan itu sendiri tak sedap untuk dengar.

    Paling saya tak suka bila dengar, orang kata sakit ke. Perkataan tu seolah mengharapkan kita sakit. Kadang-kadang saya terpaksa tutup komen sebab malas nak baca.

    Disoal mengenai berat badan, Puteri mengakui bahawa berat badannya turun sebanyak lebih kurang lima kilogram selepas mengambil produk kurus miliknya.

    Ikutkan saya ambil supplement produk saya sendiri tapi buat masa kini, saya berhenti makan sebab takut selepas ini tinggal tulang saja kan. Saya ambil produk saya itu sejak Disember tahun lalu, sekarang makin hari, bila ukur baju raya dari pinggang 23, kini dah 22.

    Ada yang komen positif kata rindu badan saya yang lama. Tapi saya ini kecil saja, bila saya hilang dalam dua ke tiga kg itu nampak. Tapi sebenarnya saya hanya hilang dalam lima kg saja, tak banyak pun.

    Sebelum ini, Puteri Zarith telah memuat naik artikel daripada mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang turut kurang senang orang mengaitkan fizikalnya semakin kurus disebabkan sakit.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tular Semula Video Usik Ruhainies ‘Penyondol’, Janna Nick Beri Respon – ‘Ini Ujian Mereka & Tak Nak Jadikan Ia Bahan Jenaka’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts