Pelakon, Qistina Raisah sering kali menjadi tumpuan wargamaya yang menganggap gaya penampilannya yang seakan tidak kena pada usia.
Bercuti bersama keluarga
View this post on Instagram
Terbaharu, Qistina sekali lagi menjadi tumpuan wargamaya selepas berkongsi beberapa foto dirinya di laman Instagram (IG).
Menerusi hantaran tersebut, Qistina yang mengenakan pakaian berona biru dilihat berada di atas sebuah kapal layar dipercayai sedang bercuti bersama keluarganya.
Apa yang mencuri perhatian ialah, terdapat satu gambar memaparkan Qistina yang sedang mengangkat tangan sehingga menampakkan bahagian ketiaknya.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai dan menuai komen kecaman daripada rata-rata netizen.
Menjengah ke ruangan komen, wargamaya berpendapat Qistina tidak sepatutnya berpakaian sebegitu memandangkan usianya yang masih lagi muda.
Mereka juga berharap agar pelakon berusia 16 tahun itu untuk menukar gaya penampilannya dan mengenakan pakaian yang lebih sopan.