Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 9, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentQuaker Galak Rakyat Malaysia Tampil Yakin Dengan Amalan Sihat Melalui ‘Program Ganjaran...

    Quaker Galak Rakyat Malaysia Tampil Yakin Dengan Amalan Sihat Melalui ‘Program Ganjaran Quaker Fit’!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Quaker, jenama oat nombor satu dunia 1 , berhasrat mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai menyelusuri Tahun Ular dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan seimbang secara konsisten. Mulai sekarang sehingga 16 Jun, Quaker memberikan ganjaran kesihatan dan kesejahteraan yang eksklusif dengan setiap pembelian melalui Program Ganjaran Jom Quaker Fit, sebagai sokongan kepada rakyat Malaysia dalam kembara Jom Quaker Fit agar mereka berasa yakin sepanjang masa.

    Pengarah Komersil PepsiCo Malaysia, Aditya Ahuja, menyatakan bahawa pihak mereka mahu rakyat Malaysia mengekalkan rutin yang menyihatkan semasa musim perayaan dengan memulakan pagi mereka dengan pilihan yang sihat.

    “Atas sebab itulah pada tahun ini, kami ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memulakan pagi mereka dengan pilihan yang sihat, seperti menambah lapan sudu besar atau 75 gram oat di dalam sarapan kegemaran mereka dan melakukan 20 minit rutin senaman ringan.

    Di Quaker, kami percaya makanan yang menyihatkan juga boleh menjadi hidangan yang lazat dan pelbagai. Sama ada oat overnight yang ringkas atau resipi-resipi kreatif seperti lempeng oat, telur hancur oat bersama roti bakar,

    ataupun sajian ruji seperti nasi goreng oat, adalah antara pilihan yang kami harap dapat memberi ilham kepada pelanggan untuk memulakan hari mereka dengan sihat, agar musim perayaan ini dapat diraikan bersama keluarga dan teman-teman dengan lebih ceria dan bermakna.”

    Ganjaran Jom Quaker Fit, termasuklah spa dan baucar kecantikan, pakej senaman, pemeriksaan dan konsultansi kesihatan dan promosi hidangan menyihatkan. Untuk menebus ganjaran ini, pengguna hanya perlu:

    1. Beli satu (1) pek produk Quaker
    2. Imbas kod QR di luar bungkusan, di kedai, atau di laman web untuk mendaftar Program Ganjaran tersebut
    3. Muat naik resit di laman sesawang
    4. Cari dan pilih ganjaran yang disukai

    ALSO READ:  [VIDEO] Rutin Pagi Rizman Nordin Beri Inspirasi Kepada Netizen – ‘Saya Mulakan Dengan Solat Taubat & Solat Tahajud’

    View this post on Instagram

    A post shared by Quaker Malaysia (@quakeroats_malaysia)

    Sempena Tahun Baharu Cina ini, Quaker juga akan menawarkan hadiah edisi terhad seperti gelas Quaker dan set paket merah untuk pengguna yang membeli produk terpilih di kedai. Pengguna yang memilih untuk membeli produk Quaker di kedai dalam talian rasmi Quaker di Shopee juga berpeluang memenangi kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50 apabila mereka membeli produk Quaker di Shopee.

    Untuk ketahui lebih lanjut tentang Program Ganjaran Jom Quaker Fit, sila layari Quaker di laman Facebook dan Instagram atau aksesnya secara langsung di www.quakerfitclub.my.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts