Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentQue Haidar, Linda Jasmine Sah Bercerai 2 Julai Lalu – ‘Mungkin Ini...

    Que Haidar, Linda Jasmine Sah Bercerai 2 Julai Lalu – ‘Mungkin Ini Jalan Terbaik, Kami Masih Berkawan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    pelakon Que Haidarpelakon Que Haidar

    Tiada angin tiada ribut, pelakon Que Haidar mendedahkan dia dan isteri iaitu Linda Jasmine sudah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.

    Ikatan 15 tahun terlerai

    pelakon Que Haidarpelakon Que Haidar

    15 tahun melayari bahtera perkahwinan, Que atau nama sebenar Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45, berkata, dia reda dengan ketentuan Allah S.W.T dan menerima takdir itu dengan hati terbuka.

    Jelasnya, dia dan Linda masih menjaga hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak.

    Allahuakbar, Alhamdulillah itu (penceraian) yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya dan Linda. Tapi kami masih baik, tiada siapa yang mahu bercerai.

    Mungkin jalan ini yang terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu.

    Que berkongsi perkara itu ketika ditemui di Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

    Bagaimanapun, Que enggan mendedahkan punca terperinci dia berpisah kerana menganggap perkara itu sangat peribadi buatnya dan bekas isteri.

    Anak-anak matang

    pelakon Que Haidarpelakon Que Haidar

    Tutur pelakon filem Rock ini lagi, dia bersyukur kerana dua cahaya matanya iaitu Ratu dan Cleopatra sudah matang untuk menerima penceraian tersebut..

    Hal rumah tangga merupakan hal peribadi. Perkara seperti ini (penceraian) bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan sendiri, doakan yang terbaik.

    Kami masih saling memberikan sokongan, apa yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak. Tidak ada benda yang perlu diuar-uarkan atau dikongsi.

    Hubungan kami masih sangat baik dan Alhamdulillah anak-anak juga terima semua ini dengan matang. Tiada perbalahan antara kami.

    Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.

    ALSO READ:  Kes Rujuk Depan Hakim & Mahkamah Dah Selesai, Tanda Pagar Nora Ariffin Curi Tumpuan! – ‘Moga Tiada Paksaan Lagi’

    Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts