Kumpulan nasyid Rabbani, Lah Ahmad, Mawi dan Oja merupakan barisan artis yang akan memeriahkan majlis Ensany Global Peace & Makan Malam Amal yang akan berlangsung pada 30 November 2024 jam 8.00 malam di IDCC Shah Alam, Selangor.
Makan malam amal
Menurut Azadan Abdul Aziz iaitu selaku ketua kumpulan nasyid Rabbani mewakili Rabbani Empire Resources meluahkan rasa terharu dan berbesar hati atas usahasama dengan Ensany Global Peace.
Selain dihiburkan dengan persembahan daripada barisan penyanyi popular, majlis pada malam tersebut turut menampilkan Sheikh Abdul Karim Al Makki merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan membaca doa dan alunan ayat suci Al Quran dan DJ Pyan IKIM Fm selaku pengacara.
Sementara itu, wakil Ensany Global Peace memberitahu bahawa Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia komited dalam menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan, menyebarkan mesej kemanusiaan dan memupuk semangat perpaduan menerusi pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan.
Dengan itu, program ini adalah manifestasi dari usaha kami untuk terus memperkukuh nilai-nilai keamanan, kasih sayang, dan persaudaraan sejagat.
Program Ensany Global Peace bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi satu usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang universal.
Kami berharap acara ini akan memberi impak yang mendalam kepada semua yang hadir, dan juga kepada masyarakat yang lebih luas.
Pakej meja dijual dengan harga RM10,000 (Platinum), RM7,000 (Emas), RM5,000 (Perak) dan RM3,000 (Gangsa) dan setiap meja boleh memuatkan 10 orang.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia melalui no akaun seperti di bawah:
Nama: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank: Bank Islam
No Akaun: 1416 201100 2557
Bagi yang ingin membuat tempahan meja atau seat program ‘Ensany Global Peace & Makan Malam Amal’ boleh terus berhubung dengan wakil melalui email: [email protected] atau whatsapp: 011 2059 9834. atau dapatkan maklumat kami melalui Facebook atau Instagram kami (EnsanyMalaysia).