Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRadin Terpaksa Tangguh Kahwin, Kekasih Sakit Slipped Disc – ‘Sepatutnya 11.11 Tahun...

    Radin Terpaksa Tangguh Kahwin, Kekasih Sakit Slipped Disc – ‘Sepatutnya 11.11 Tahun Lalu, Tinggal Hantar Jemputan Sahaja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    RadinRadin

    Penyampai radio dan pengacara, Radin mendedahkan dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 11 November tahun lalu dengan pilihan hati yang dikenali sebagai Azlina.

    11.11.23

    RadinRadin

    Bagaimanapun, Radin atau nama lengkapnya Radin Amir Affendy, 34, memberitahu majlis tersebut terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatan kekasihnya tidak mengizinkan.

    Menurutnya, persiapan menuju hari bahagia sudah hampir siap sepenuhnya iaitu sekitar 90 peratus.

    Sejujurnya, benda ini (kahwin) sepatutnya pada tahun lalu iaitu 11.11 (November) tahun lalu. Segala perancangan sudah dibuat, hanya tinggal hantar jemputan saja. Cuma, kita tak dapat jalankan sebab pasangan saya itu ada slipped disc yang kronik.

    Saya bawa dia pergi berubat, pergi hospital sampai ambil masa sehingga 17 hari. Dia pun masih dalam proses pemulihan. Hari kejadian, sebulan sebelum majlis saya berbincang dengan dia.

    Saya rasa macam kena lakukan sesuatu. Kalau kena minor surgery, dia buat pembedahan kecil pun ambil masa lebih sebulan, apatah lagi kalau open surgery.

    Kalau buat open surgery, sehingga tarikh berlangsung, macam mana nak langsungkan perkahwinan. Jadi kami berdua ambil keputusan untuk tangguh. Itu yang terbaik.

    Radin berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka FYP Raya Era yang berlangsung di Restoran Rebung 2 Chef Ismail, Putrajaya, baru-baru ini.

    Berkongsi lebih lanjut, anak kelahiran Perak itu berkata dia tiada niat untuk melambatkan majlis perkahwinan, namun tidak menafikan kesibukan kerja menjadi salah satu punca penangguhan itu.

    Sudah tentu, perempuan akan marah dan rasa terasa hati. Bukan nak mengelak fasal itu (kahwin). Sebab bagi saya, perkahwinan ini satu perkara yang memerlukan banyak kerja dan tenaga.

    Kebetulan pula, saya pun dah bekerja di segmen 3 Pagi Era, kerja lagi bertambah. Walaupun hakikat 6 hingga 10 pagi selesai kerja, tapi selepas itu ada shooting, TikTok dan macam-macam lagi.

    Sementara itu, Radin memberitahu dia akan membawa pasangannya itu sekali lagi berubat secara kampung di Pahang.

    Nak cakap tahun ini kahwin pun, saya tak boleh nak cakap sebab masih dalam keadaan nak kena berubat. Kami ada pergi berubat di Pahang. Alhamdulillah keadaan dia beransur pulih.

    Tapi sekarang ini, sakit itu datang lagi sikit demi sikit. Insya-Allah dalam minggu depan, saya akan bawa dia pergi berubat secara kampung lagi di Pahang.

    ALSO READ:  Tuju Tak Suka Kongsi Kisah Peribadi Kepada Umum, Hanya Luah Dalam Karya

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts