Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRafah Semakin ‘Hilang’ Dari Peta Dunia, TokTi Menangis Kenang Nasib Anak-Anak Angkatnya...

    Rafah Semakin ‘Hilang’ Dari Peta Dunia, TokTi Menangis Kenang Nasib Anak-Anak Angkatnya Di Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak dapat menahan rasa sebak mengenang nasib anak-anak yang berada di sekolah miliknya di Gaza, Palestin, iaitu Sekolah Afwa Al Afiyah.

    Kongsi Siti, 45 tahun, hanya doa mengiringi agar keajaiban berlaku untuk rakyat Palestin yang kini berjuang di Rafah.

    “Mereka di Rafah dan keadaan memang tidak selamat. Jadi kita berdoalah. Setiap masa saya melihat hantaran kejadian ini, saya tidak boleh menahan sebak dan tidak tahu nak buat apa,” luahnya sambil mengalirkan air mata.

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu “Menyapa Dunia” itu mengakui masih berhubung dengan pengurus Sekolah Afwa Al Afiyah, Dr. Mohanad, untuk mengetahui perkembangan terkini murid dan petugas sekolah tersebut.

    “Macam semalam Dr. Mohanad sentiasa memberi info menerusi WhatsApp. Dalam Instagram pun saya lihat memang keadaan tidak selamat sangat untuk mereka. Seperti yang kita sedia maklum, Israel memang menyerang Rafah ketika ini di mana tempat mereka menetap,” katanya.

    Keadaan di Rafah, Palestin, semakin meruncing dengan serangan berterusan yang dilakukan oleh Israel. Siti Nurhaliza, seperti ramai lain, menghulurkan sokongan dan doa agar keamanan dan keselamatan segera kembali kepada rakyat Palestin.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts