Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentRafidah Ibrahim Lancar Lagu Zikir La Illah Ha Ilallah, Ajak Pendengar Selawat...

    Rafidah Ibrahim Lancar Lagu Zikir La Illah Ha Ilallah, Ajak Pendengar Selawat Bersama

    -

    Shopee CNY Sale


    Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim lantang memperjuangkan isu Palestin kerana tidak sanggup melihat penindasan umat Islam di sana.

    Artikel berkaitan: Fida Ibrahim Sambut Cahaya Mata Sulung Lelaki

    Artikel berkaitan: ‘Aku Tengah Mengandung..Dia Bagi Nombor Telefon Suami Dekat Perempuan’ – Fida Ibrahim Dedah Ada Dua ‘Bulldozer’ Kacau Rumah Tangga

    Lantang perjuang isu Palestin

    Menurut Rafidah atau lebih mesra disapa Fida, dia berasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada segelintir rakyat Malaysia yang kurang memahami apa yang berlaku menerusi media sosial miliknya.

    Apa yang menggembirakan saya apabila melihat ramai bukan Islam mula faham situasi di sana dan memberikan sokongan kepada Palestin.

    Ini membuktikan kita berjaya bersatu hati hasil daripada usaha semua pihak.

    La Illah Ha Ilallah

    Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Fida baru sahaja melancancarkan lagu zikir berjudul La Illah Ha Ilallah yang merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Hazmi Fahim.

    Meskipun sudah lama tidak merakamkan lagu baharu, dia akui teruja dan berdebar menantikan reaksi peminat yang pastinya memberikan seribu satu ketenangan kepada yang mendengarnya.

    Saya mahu kita semua membasahkan lidah dengan alunan zikir bila kali diberikan peluang merakamkan lagu ini. Ini peluang yang baik untuk kita sama-sama berselawat dan berzikir memuji Tuhan yang satu.

    Dalam pada itu, Fida tidak dapat melupakan kenangan saat merakamkan La Illah Ha Ilallah memandangkan dia sedang sarat mengandung lapan bulan.

    Sebenarnya lagu ini dirakamkan sebanyak dua kali selepas saya melahirkan anak. Ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan memandangkan ada masalah sebutan beberapa perkataan Arab yang terapat dalam lagu ini.

    Ramai yang membantu memperbetulkan sebutan dan saya amat hargai peranan mereka ketika itu selain bimbingan daripada Ustaz Aidil (NAQO) yang banyak membantu.

    Untuk rekod, La Illah Ha Ilallah merupakan terbitan Sheikh Qalam Records dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia sudah pun dilancarkan secara rasmi pada 7 Jun lalu disemua platform digital dan video lirik lagu ini boleh ditonton melalui YouTube Sony Music Malaysia.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nonny Nadirah ‘Shave’ Sampai Botak, Gaya Rambut Baru Ke?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts