Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRahim Razali Suka Rendang & Lemang, Rindu Suasana Di Kampung – ‘Lain...

    Rahim Razali Suka Rendang & Lemang, Rindu Suasana Di Kampung – ‘Lain Sangat Beraya Di Kota’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon berpengalaman, Datuk Rahim Razali mendedahkan dirinya begitu merindui suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halamannya yang terletak di Ipoh, Perak.

    Rindu raya di kampung

    Ketika ditemui , Rahim atau nama sebenarnya Abdul Rahim Haji Mohd Razali berkata, menyambut hari raya di kampung lebih seronok berbanding menyambutnya di bandar.

    Alhamdulillah dan insya-Allah bulan Julai ini usia saya akan mencapai 85 tahun jadi bermakna saya dah beraya selama 85 tahun.

    Banyak sangat perubahan kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang.

    Kan kalau tanya saya, sebolehnya saya nak balik dan beraya di kampung bertemu dengan saudara-mara dan nak hidupkan kembali suasana meriah itu.

    Beraya di kampung sangat lain suasananya berbanding beraya di kawasan pekan atau bandar.

    Tapi itulah, dah lama sangat saya tak merasa menyambut hari raya di kampung.

    Menurut Rahim, dia sudah tidak mempunyai kampung halaman selepas tanah kepunyaan arwah datuk dan neneknya dijual setelah kematian mereka.

    Sekarang, rumah saya yang ada di Kuala Lumpur menjadi tempat untuk anak-anak dan cucu-cucu saya pula menyambut raya.

    Walaupun suasana raya di kampung dah tak ada tetapi raya tetap raya dan tetap akan disambut seperti dulu kala.

    Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama bersiri Mok Cun ini mendedahkan antara juadah yang digemarinya sewaktu hari raya adalah lemang dan juga rendang.

    Kalau raya segala jenis rendang kena ada. Rendak Tok ke, dendeng ke wajib kena ada dan dimakan bersama lemang.

    Lemang mesti ada tapi yang dibakar bukan lemang ‘instant’ yang dijual di pasar raya, itu bukan lemang namanya.

    Lemang yang sedap ini mesti dibakar dengan kayu api atau kayu arang.

    ALSO READ:  Imran Aqil & Dahlia Rizal Pertama Kali Beraya Sebagai Suami Isteri, Tak Bergaduh Nak Balik Kampung

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts