Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Rahsia Tuhan’ Buat Pengunjung Mengalir Air Mata, Gerimis Pula Iringi Nyanyian Bernadya...

    ‘Rahsia Tuhan’ Buat Pengunjung Mengalir Air Mata, Gerimis Pula Iringi Nyanyian Bernadya Di Nyala Fest 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Festival muzik Nyala Fest 2024 yang berlangsung hujung minggu lalu di Stadium Hoki Bukit Jalil telah memberikan kepuasan kepada kira-kira 15,000 pengunjung.

    Pemuzik serumpun

    Menyatukan artis-artis terkenal Indonesia dan Malaysia di atas satu pentas adalah sebuah idea yang paling ‘gempak’. Manakan tidak, seluruh peminat muzik berhimpun membelai jiwa mereka dengan lagu-lagu ‘healing’ mengusik jiwa.

    Nyala Fest membuka tirainya seawal 10 pagi dengan persembahan di outdoor mini stage sehingga jam 2 petang.

    Beralih pula ke panggung utama yang bermula pada jam 3 petang dengan persembahan pembukaan oleh Fugo kemudian Bilal Indrayaga dan Febi Putri yang membawakan lagu-lagu hits mereka.

    ‘Rahsia Tuhan’

    Sebelum panggung berehat, persembahan terakhir bagi sesi petang festival tersebut antara yang dinanti-nanti iaitu daripada penyanyi lokal Noh Salleh X Restoe Iboe.

    Rata-rata pengunjung yang duduk ketika itu bangun menghayati setiap bait nyanyian Noh terutama single terbaharunya yang berjudul ‘Rahsia Tuhan’ sehingga ada yang mengalirkan air mata.

    Lagu yang saya tulis ikhlas, untuk diri dan anak saya tetapi awak semua menerimanya dengan penuh cinta.

    Terima kasih kerana sudi dengar.

    Vokalis kumpulan Hujan itu turut mendendangkan lagu-lagu lain antaranya Sang Penikam yang menjadi runut bunyi bagi drama Netflix Indonesia, Gadis Kretek lakonan Dian Sastrowardoyo.

    Noh menamatkan persembahan dengan lagu popularnya iaitu Angin Kencang.

    Pesta nyanyian

    Konsistensi persembahan yang memukau diteruskan lagi pada malam hari dan tidak sedikit pun membuatkan pengunjung berganjak dari stadium tersebut meskipun langit mulai gelap.

    Selepas berehat, pentas kembali ‘menyala’ dengan nyanyian Romantic Echoes, Pamungkas, Bernadya, David Bayu dan Diskoria.

    Persembahan Bernadya bermula dengan titisan gerimis ketika nyanyian lagu pertamanya berjudul ‘Lama-Lama’ namun, ‘Untungnya’ air yang mengalir dari langit itu berhenti seusai nyanyiannya yang terakhir.

    ALSO READ:  Shila Amzah Jadi Juara Mingguan Pertandingan ‘Singing With Legends’ Di China, Layak Terus Ke Peringkat Akhir

    Selain persembahan artis, antara yang menarik perhatian adalah keunikan fesyen peminat-peminat muzik yang rata-rata menggayakan ‘thrifted streetwear’ malah ada juga yang berkebaya dan menyarung baju melayu.

    Untuk info, festival muzik ini adalah anjuran RF3 Entertainment dengan kerjasama Wolfstrike Brothers bersama Neptunes Presents.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts