Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRai Kejayaan Kaum Hawa Di Anugerah AFFIN INVIKTA x Malaysia Top 30...

    Rai Kejayaan Kaum Hawa Di Anugerah AFFIN INVIKTA x Malaysia Top 30 Wanita Cemerlang 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Foto: Harian Metro

    AFFIN INVIKTA dan Top 30 Media dengan bangganya mengumumkan pelancaran pertama Anugerah AFFIN INVIKTA x Malaysia Top 30 Wanita Cemerlang 2024.

    AFFIN INVIKTA x Malaysia Top 30 Wanita Cemerlang 2024

    Majlis berprestij yang bakal berlangsung pada September 2024 ini bertujuan untuk memberi penghargaan terhadap pencapaian luar biasa wanita-wanita Malaysia yang cemerlang dalam bidang masing-masing serta menonjolkan kisah-kisah inspirasi mereka mengenai kecemerlangan, kepimpinan, dan inovasi.

    Sementara itu, Pengarah Urusan dan Pengasas Top 30 Media iaitu Alvin Sinclair berbangga atas pelancaran AFFIN INVIKTA.

    Ini adalah salah satu daripada beberapa program yang diasaskan oleh Top 30 Media. Melalui program ini, ia bertujuan untuk menonjolkan sumbangan tidak ternilai daripada wanita-wanita yang memacu perubahan dan menginspirasi orang lain melalui kepimpinan dan kecemerlangan mereka, yang semakin jarang ditemui masa kini.

    Sementara itu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pihaknya berbesar hati menjadi sebahagian daripada Anugerah 30 Wanita Cemerlang Malaysia 2024,

    Komitmen kami melangkaui pengiktirafan; melalui inisiatif seperti AFFINGEM, SME Colony dan Affinita, kami memberdayakan wanita untuk merealisasikan impian mereka.

    Anugerah AFFIN INVIKTA x Malaysia Top 30 Wanita Cemerlang 2024 menumpukan pada lima teras utama iaitu pencapaian profesional, kepimpinan dan pengaruh, penglibatan komuniti dan impak sosial, inovasi dan keusahawanan, serta sifat-sifat peribadi.

    Trofi Anugerah AFFIN INVIKTA x Malaysia Top 30 Wanita Cemerlang 2024 telah diperkenalkan pada acara khas yang diadakan di Menara AFFIN @ TRX,

    Anugerah AFFIN INVIKTA x Malaysia Top 30 Wanita Cemerlang 2024 dianjurkan oleh AFFIN INVIKTA dan Top 30 Media, dengan sokongan daripada NBrand (M) Sdn Bhd, World Mineral Galleria Sdn Bhd, TTT Bullion (M) Sdn Bhd, Westwood Rivertree Sdn Bhd, LuxuryConcepts Timepieces Sdn Bhd, dan Media Prima Berhad.

    ALSO READ:  [VIDEO] Datuk Red Gigih Jual Baju Dalam Kereta – ‘Korang Minta Saja Warna Apa, Saya Tukar Tiada Masalah’

    Pencalonan untuk Anugerah AFFIN INVIKTA x 30 Wanita Cemerlang Malaysia 2024 kini dibuka dan boleh dihantar melalui . Tarikh akhir untuk penyerahan adalah pada 2 Ogos 2024.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts