Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRaikan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024 Bersama Media Prima Berhad Menerusi...

    Raikan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024 Bersama Media Prima Berhad Menerusi Kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukan sekadar meraikan kemerdekaan dan pembentukan negara kita tetapi juga sebagai simbol perpaduan budaya yang menyatukan kita semua.

    Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 67 tahun dan juga Hari Malaysia (HKHM) 2024, Media Prima Berhad dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’ bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara.

    Rai kepelbagaian warisan

     

    Kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’ ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa bangga dan perpaduan dalam kalangan rakyat, dengan cara meraikan warisan budaya dan kulinari negara yang kaya, sekaligus meneruskan kejayaan inisiatif tahun lalu.

    Menerusi kempen ini juga memberikan peluang kepada pelbagai jenama untuk berhubung dengan pengguna melalui semangat patriotisme dan warisan bersama yang menjadi identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

    Berikutan kejayaan kempen tahun 2023 yang memberi tumpuan kepada cinta terhadap kuih tempatan, edisi tahun ini membawa kita menyelami lebih dalam tentang warisan kulinari dan budaya Malaysia yang terbaik!

    ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’ meneroka keunikan citarasa dan tradisi negara melalui eksplorasi yang menarik dan penuh warna. 

    Rakyat Malaysia dijemput untuk berkongsi pengalaman “Paling Best” mereka, dengan memberi tumpuan kepada kepelbagaian jenis masakan yang lazat dan beraneka jenis di negara ini.

    Kempen ini akan berakhir dengan sambutan Piknik Hari Malaysia yang bakal diadakan di Taman Botani Putrajaya, yang mana pertunjukan Makanan Paling Best Malaysia akan menjadi acara utama dalam suasana semangat kebangsaan yang penuh warna-warni.

    Papar Keunikan Dan Kehebatan Masakan Malaysia

    Lebih menarik, terdapat satu lagi tarikan menarik dalam kempen ini iaitu video khas Hari Kebangsaan yang merakam suara rakyat Malaysia menjawab soalan, ‘Apa yang membuat Malaysia Paling Best?’.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Dapatkan Bantuan, Bawa AED & Buat CPR Segera’ – Dr Malar Kongsi Tips Berhadapan Situasi Cemas Serangan Jantung

    Video ini berfungsi sebagai naratif kolektif, mengingatkan kita tentang pelbagai sebab untuk berbangga dengan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

    Selain itu, video Hari Malaysia akan menonjolkan makanan Paling Best Malaysia, menampilkan pertandingan santai antara hidangan ikonik seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Char Kuey Teow, Satay, dan Teh Tarik.

    Video ini akan meneroka kisah di sebalik setiap hidangan, memaparkan kekayaan budaya makanan Malaysia, dan mengajak semua orang untuk menikmati kepelbagaian yang ada yang menjadikan masakan kita begitu istimewa dan unik.

    Makanan Kegemaran Pilihan Malaysia

    Bagi memeriahkan lagi sambutan terhadap kempen Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’, rakyat Malaysia juga boleh melayari laman sesawang says.com/manispahitbersama untuk melibatkan diri dalam permainan interaktif yang telah disediakan.

    Salah satu tarikan utama ialah Tinjauan Makanan (Food Poll), yang mengajak semua rakyat memilih dan mengundi  hidangan yang menurut mereka benar-benar mencerminkan budaya makanan Malaysia yang paling ikonik.

    Ayuh sertai kami dan kongsi pilihan anda dalam perdebatan menarik mengenai hidangan paling ikonik di Malaysia!

    Selain itu, aktiviti media sosial #GengMakanan pula mengajak pencinta makanan untuk berkongsi gambar hidangan tempatan kegemaran mereka atau lokasi makanan yang paling disukai. 

    Peserta boleh menghias gambar mereka dengan bingkai digital khas dan kongsikan di media sosial. Gambar terpilih akan dipaparkan di papan iklan digital sekitar Lembah Klang, dalam memperkenalkan warisan kulinari Malaysia kepada khalayak umum.

    Acara Kemuncak: Piknik Hari Malaysia

    Kemuncak kepada kempen ini adalah Piknik Hari Malaysia yang akan diadakan di Taman Botani Putrajaya pada 15 September, dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

    Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, makanan dan minuman berupa Nasi Lemak dan Teh Tarik  disediakan secara percuma dan yang lebih menarik lagi, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis tempatan, aktiviti-aktiviti hiburan padang serta yang paling utama adalah berpeluang untuk menikmati hari minggu Ahad yang lebih santai di salah satu taman paling indah di Malaysia.

    ALSO READ:  Aisyah Hijanah Cetus Tanda Tanya, Kongsi Foto Suami di Media Sosial Selepas Failkan Cerai

    Jangan lepaskan peluang dan sertai kemeriahan kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Bestdan layari laman sesawang kempen says.com/manispahitbersama untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai kuiz, peraduan, dan semua butiran mengenai Piknik Hari Malaysia.

    Kempen ini akan berlangsung daripada 12 Ogos hingga 16 September 2024. Jom pakat beramai-ramai untuk menyertai aktiviti dan pertandingan menarik yang pastinya menceriakan hari anda, hanya yang terbaik dari Malaysia.

    Saksikan program-program khas Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di TV3, TV9, 8TV, NTV7, dan Tonton untuk menambahkan kemeriahan sambutan. Media Prima Berhad berbesar hati menyediakan platform bagi rakyat Malaysia untuk bersatu dan mempamerkan kebanggaan kita terhadap kekayaan warisan budaya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts