Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRaisa Akhiri 2023 Bersama Single Tak Berharap Lagi, Tampilkan Meerqeen Dalam Video...

    Raisa Akhiri 2023 Bersama Single Tak Berharap Lagi, Tampilkan Meerqeen Dalam Video Lirik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada tahun 2023, penyanyi popular Indonesia, Raisa Andriana bakal menebus sejarah manis dalam karier seninya dengan merilis single terbaru beliau, Tak Berharap Lagi.

    Projek Pertama Bersama Andmesh

    Dilancarkan pada 15 Disember 2023 melalui Jun Records, karya kolaborasi antara Raisa dan Andmesh Kamaleng ini menyaksikan wanita berusia 33 tahun tersebut bekerjasama dengan grup S/eek sebagai penerbit.

    Raisa mengakui single ini memberi makna tersendiri kerana merupakan projek pertamanya bersama Andmesh.

    Meskipun tidak menampilkan Andmesh sebagai pasangan duet, mereka bekerjasama dalam penulisan lirik untuk Tak Berharap Lagi.

    Sementara itu, Andmesh pula berkata, ketika lagu itu ditulis, fikirannya langsung membayangkan Raisa sebagai penyanyi yang serasi untuk membawakan karya tersebut.

    Kembali Ke Era Galau

    via Jun Records

    Tak Berharap Lagi seperti mengajak pendengar untuk kembali ke era lagu galau Raisa. Sejak Raisa berkongsi potongan lagu itu di media sosialnya beberapa minggu lalu, ia membangkitkan keterujaan peminat untuk turut bersama dalam projek berkenaan.

    Malah, petikan lagu Tak Berharap Lagi turut digunakan oleh ramai peminat untuk membuat pelbagai video di media sosial yang secara tidak langsung menghangatkan lagi bahang kemunculan single tersebut.

    Tak Berharap Lagi mewakili perasaan mereka yang pernah mengagung dan memuja cinta, tetapi berjalan waktu, perlahan ia hilang meskipun menyangka sudah bertemu dengan orang yang menurut mereka tepat.

    Kemunculan Meerqeen Dalam Lirik Video

    via Jun Records

    Lagu ini turut diwarnai dengan kemunculan pelakon dan model asal Kuala Lumpur, Meerqeen.

    Pertemuan secara tidak sengaja di Jepun, Raisa memulakan komunikasi santai dengan Meerqeen hingga akhirnya mencetuskan idea untuk mengundang jejaka itu beraksi dalam video lirik Tak Berharap Lagi.

    Penggambaran video lirik Tak Berharap Lagi dari MIURA Film dijalankan pada pertengahan September lalu di sekitar Kebun Raya Bali.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aeril Zafrel Joget Bersama Meerqeen Buatkan Netizen Terhibur-“Dia Jadi Kaki Step Pulak!”

    Konsep video lirik itu menceritakan tentang kerisauan hati, namun tidak dipaparkan secara jelas dalam bentuk adegan.

    Tak Berharap Lagi boleh dinikmati di platform penstriman digital seperti Apple Music, Deezer, Langitmusik, Spotify, Tiktok Music, YouTube Music dan lain-lain bermula 15 Disember 2023.

    Manakala, video lirik Tak Berharap Lagi pula boleh ditonton ramai di saluran YouTube: raisa6690 juga bermula 15 Disember 2023.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts