Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRaisa ‘Teristimewa Di Kuala Lumpur’ November Ini, Harga Tiket Bermula RM208!

    Raisa ‘Teristimewa Di Kuala Lumpur’ November Ini, Harga Tiket Bermula RM208!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kharisma Music, syarikat penganjur konsert terkenal, dengan bangganya mengumumkan konsert paling ditunggu-tunggu, ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ pada 3 November 2024 ini bertempat di Megastar Arena, KL, bermula jam 8:00 malam

    Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, En, Ahmad Jeffny meluahkan rasa teruja dengan kehadiran Raisa di Kuala Lumpur selain berpeluang untuk merasai keindahan muzik Raisa secara langsung.

    “Kami sangat teruja dengan kehadiran Raisa di Kuala Lumpur pada hari ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik yang hebat, tetapi juga peluang untuk merasai keindahan muzik Raisa secara langsung.”

    Raisa, yang dikenali menerusi single pertamanya ‘Serba Salah’ dari album sulungnya pada 2011, telah meraih pelbagai anugerah termasuk ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia ke-15, dengan vokal yang mengagumkan, Raisa terus memikat hati jutaan peminat di seluruh rantau Asia. 

    Bakal Beri Persembahan Lebih Dari 2 Jam

    Konsert kali ini adalah sebahagian daripada jelajah muzik Raisa yang sangat dinanti-nantikan, di mana beliau akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Kali Kedua’, ‘Jatuh Hati’ dan ‘Mantan Terindah’. Penonton akan disajikan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, termasuk persembahan melebihi 20 buah lagu dan kerjasama dengan iringan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

    Konsert ini dijadualkan berlangsung lebih dari 2 jam, lengkap dengan reka bentuk pentas yang menarik serta kesan audio visual yang ‘teristimewa’. Pembeli tiket VVIP dan VIP juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan Raisa dalam sesi ‘meet & greet’.

    “Ini adalah peluang luar biasa bagi semua peminat Raisa untuk menyaksikan sendiri persembahan ‘teristimewa’ yang pasti akan mencipta memori indah yang tidak terlupakan, serta dapatkan tiket-tiket konsert dengan segera sebelum kehabisan, dan jangan lupa nantikan hiburan seterusnya dari Kharisma Music,” -tambah En. Ahmad Jeffny.

    Untuk makluman, tiket-tiket ke konsert ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ sudah pun mula dijual pada 9 September 2024 lalu di laman web ticket2u.com.my/raisa dan hanya berbaki sedikit sahaja lagi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Sazali Samad Peluk Anak, Menangis Kecewa Terlepas Podium – ‘Dapat Nombor Empat Pun Ayah Tetap Bangga’

    Jangan lepaskan peluang!

    Related articles

    Follow Us

    20,218FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts