Pelakon dan pengarah, Raja Azrey mengakui berasa terkilan apabila namanya sering ditolak setiap kali dicadangkan kepada pihak stesen televisyen sejak tujuh tahun lalu.
Tawaran berlakon kurang
Menerusi temu bual bersama , Raja Azrey berkata, dia tidak mahu menghadiri mana-mana uji bakat selepas ini. Ini kerana, dia sudah tahu jawapan yang akan diterima daripada pihak terbabit.
Saya masih meminati bidang lakonan tetapi tawaran pula berkurangan. Bila saya tanya produksi, mereka cakap nama saya tak lepas untuk tapisan.
Saya pun tidak tahu kenapa penerbit tidak mahu mengambil saya berlakon dan nampaknya mereka lebih suka mengambil ‘TikToker’ dalam projek mereka.
Disoal sama ada dirinya ‘demand’ harga yang terlalu mahal dan memilih naskhah untuk setiap projek, pelakon ‘Blok 404’ ini memberitahu, tidak.
Sebagai pelakon ‘senior’ saya hanya meletakkan harga berdasarkan pengalaman tiga dekad dalam industri lakonan. Saya ada dapat tawaran berlakon tapi bayarannya pula ‘mengarut’ dan nampaknya mereka lebih suka mengambil pelakon baru.
Sebab itu, saya putuskan untuk buat program dan anjurkan kelas lakonan sendiri melalui Akademi Raja Azrey (ARA) yang ditubuhkan sejak 2019.
Saya beritahu isteri, sudah jumpa formula untuk program yang mahu dibuat dan kalau satu hari nanti orang tidak mahu tawarkan berlakon, saya berlakon dalam produksi sendiri.
Saya tak kata diri ini bagus tapi sampai masanya untuk memilih skrip yang boleh beri impak pada lakonan. Kalau dulu, saya ambik saja tawaran yang datang. Tapi sekarang saya mahu tengok skrip terlebih dahulu.
Terdahulu, Raja Azrey menyediakan platform eksklusif untuk bakat baharu menyinar dalam dunia lakonan. Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi ilmu dari segi teori dan praktikal kepada peserta yang menyertai programnya.