Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRaja Ema Tak Ada Tawaran Berlakon, Fokus Berniaga Acar Ikan Masin –...

    Raja Ema Tak Ada Tawaran Berlakon, Fokus Berniaga Acar Ikan Masin – ‘Kalau Orang Panggil, Saya Terima..’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pemilik trofi Aktres Pembantu Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-36 iaitu Raja Ema mengakui dirinya kini sedang sibuk menguruskan perniagaan makanan yang diusahakannya.

    ‘Buat masa ni tak ada tawaran berlakon’

    Ketika ditemui , Raja Ema atau nama lengkapnya Raja Ema Raja Ibrahim berkata, bagaimanpun dia tidak melupakan bidang lakonan dan bersedia untuk kembali ke set penggambaran sekiranya diberi tawaran.

    Saya akan teruskan berniaga acar tapi kalau orang panggil berlakon atau bernyanyi InsyaAllah saya terima sahaja, tak ada halangan. Kalau tak ada, tak apa.

    Tapi buat masa ni tak ada tawaran berlakon.

    Tambah Raja Ema lagi, sekiranya ditawarkan berlakon, salah satu perkara yang dititikberatkan adalah dari segi jadual penggambaran. Hal ini kerana, Raja Ema akui tidak mampu untuk memberi komitmen yang tinggi dengan jadual yang terlalu padat memandangkan usianya yang kini sudah mencecah 56 tahun.

    Ada juga panggilan, tapi saya tak boleh nak beri komitmen pada jadual penggambaran yang mereka sediakan. Saya nak shooting mungkin seminggu tiga hingga empat hari sahaja, dan selesai pada jam 10 malam.

    Bagi saya itu sangat okay lagipun saya bukan heroin untuk shooting setiap hari. Tapi saya faham produksi, penggambaran ni satu kerja berkumpulan. Mungkin nak cepat habis.

    Raja Ema berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Jumaat.

    Sibuk nak kembangkan semula perniagaan

    Bercerita dengan lebih lanjut, Raja Ema memaklumkan dia sudah mula berjinak dalam dunia perniagaan sejak berusia 20 tahun lagi dan kini berhasrat untuk mengembangkan semula perniagaannya itu.

    Saya sibuk berniaga acar. Saya mula berniaga acar ni masa tahun 2020 dan sebelum tu pun saya selalu berniaga di Singapura. Saya memang minat berniaga.

    Masa saya umur 20 tahun dulu, saya ada kedai makan tapi sebab sibuk penggambaran dulu, premis tu ditutup. Sekarang baru saya nak kembangkan semula perniagaan. Tapi tak bermakna saya melupakan dunia seni.

    ALSO READ:  Pelajar Perempuan Ditendang Rakan Sekelas Di Kerongkong & Leher Kerana Enggan Kongsi Makanan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts