Pelakon, Raja Farah Raja Aziz berkongsi khabar gembira apabila dirinya selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Ahad.
Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Raja Farah menerusi hantaran di Instagram yang turut memaklumkan dirinya yang menimang bayi perempuan dengan kaedah bersalin normal pada petang semalam.
“Syukur Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan baby girl semalam, 9 Jun 2024, 1.05 petang, bersalin normal.
Syukur Ya Allah, keluarga kami dah ber-6 sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan 🤲🏻🤲🏻😍.”-kongsi Raja Farah di Instagram
View this post on Instagram
Dibanjiri Komen Netizen
Hantaran pelakon filem Apa Kata Hati ini turut dibanjiri dengan ucapan tahniah serta ramai yang mendoakan urusannya dalam tempoh berpantang dipermudahkan.
“Congrats Fara 😍😍😍😍.”
“Alhamdulillah, tahniah Mat & isteri.”
“Tahniah kak Farah, selamat berpantang ❤️.”
“Yeay tambah lagi koleksi bling-bling mummy hihi. Congrats sis 😍.”
“Wah seronoknya dah 2 pasang ❤️❤️❤️.”
“Alhamdulillah, syukur, tahniah, semoga dipermudahkan segala urusan, selamat berpantang.”
“Yayy Alhamdulillah congrats Kak Farah! 🥳. Selamat berpantang. Tak sabar nak visit baby 😍.”
Sekadar info, Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Iskandar Ismail pada 6 September 2015. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Imran Iskandar, Ilham Iskandar, Intan Iskandar, serta bayi perempuan yang selamat dilahirkan pada 9 Jun 2024.