Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRaja Ilya Titip Kata Semangat Buat Fattah, Akui Kehidupan Berumah Tangga Penuh...

    Raja Ilya Titip Kata Semangat Buat Fattah, Akui Kehidupan Berumah Tangga Penuh Onak Duri – ‘Perkahwinan Tidak Mudah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Raja IlyaRaja Ilya

    Biarpun sudah enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Raja Ilya mengakui kehidupan berumah tangga bukan satu hal yang mudah untuk dijalani, sebaliknya penuh dugaan dan ujian.

    Perkahwinan tidak mudah

    Raja IlyaRaja Ilya

    Bagaimanapun, kata pemilik nama lengkap Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 39, segala onak duri pasti mampu diharungi sekiranya suami isteri saling bertoleransi antara satu sama lain dan sentiasa mengutamakan agama.

    Perkahwinan itu tidak mudah! Perkahwinan tidak pernah mudah. Saya bercakap berdasarkan pengalaman peribadi sendiri selama enam tahun saya berkahwin.

    Perjalanan dua insan yang bersatu memang penuh dengan cabaran. Namun tetapi, dengan meletakkan Tuhan di antara hubungan itu, segalanya akan menjadi baik.

    Sepanjang berdepan ujian, kekuatan sebenar akan ditemui dengan cara berserah kepada kehendak-Nya (Allah).

    Ilya berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, pada Selasa.

    Dipercayai luahan tersebut dimuat naik susulan isu perceraian membabitkan Fattah Amin dan Fazura yang kini menjadi bualan ramai.

    Titip kata semangat

    Raja IlyaRaja Ilya

    Sementara itu, menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story, Ilya turut menitipkan kata-kata semanagat buat Fattah.

    Be strong Fattah.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    Sementara itu, untuk rekod, Ilya berkahwin dengan Trent Garret pada 2018 dan kini menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warganegara di sana.

    Mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun.

    ALSO READ:  Wings Akan Buat Persembahan Dalam Penjara, Awie Mahu Nyanyi Depan Banduan – ‘Ini Projek CSR Sempena 40 Tahun Wings Dalam Industri’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts