Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Raja Mukbang” Mengejutkan Warganet Dengan Kemunculan Video Terbaru!

    “Raja Mukbang” Mengejutkan Warganet Dengan Kemunculan Video Terbaru!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bagi peminat ‘mukbang’ pastinya tidak asing lagi dengan individu yang dikenali sebagai Nikocado Avocado.

    Mempunyai 4 Juta Pengikut

    via Your Tango

    Dia yang mempunyai 4 juta pengikut di saluran YouTube mengejutkan orang ramai dengan penampilannya yang terbaru.

    Dia memulakan video terbarunya yang bertajuk ‘Two Steps Ahead’ dengan memakai kostum kepala panda.

    Niko, yang berdarah Ukraine-Amerika dan telah mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Raja Mukbang’ pernah menyatakan bahawa berat badannya pernah mencecah 163 kg dalam video YouTube yang dikongsikan pada awal tahun ini.

    Ketika ramai yang berkata dia hilang berat badan dengan banyak dalam masa 7 bulan, YouTuber itu berkata sebenarnya video tersebut telah dirakam awal sebelum beliau menjalani proses transformasi untuk kembali kurus.

    Eksperimen Sosial Terbesar Dalam Hidup

    via The Daily Beast

    Dalam video “Two Steps Ahead” yang dimuat naik Jumaat lalu, Niko berkata apa yang dibuatnya sebelum ini adalah ‘eksperimen sosial terbesar dalam hidupnya’.

    Hari ini, saya bangun dari mimpi yang sangat panjang dan saya juga bangun setelah kehilangan 113 kg daripada badan saya.

    Baru semalam, orang masih memanggil saya gemuk, sakit, membosankan dan tidak relevan.

    Salah satu perkara yang dibincangkan Niko dalam video ‘Two Steps Ahead’ adalah masalah berterusan penghinaan berat badan, iaitu apabila seseorang mengejek orang lain tentang berat badan mereka.

    Berdasarkan perkongsian komen di YouTube, rata-rata penontonnya terkejut dengan perubahan Niko tetapi gembira dengan perubahan tersebut.

    Malah, ada yang berazam untuk mengikut jejak Niko untuk kurangkan berat badan dan jalani kehidupan sihat.

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts