Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRajin Memasak Tetapi Makan Perlu Sukat Dahulu, Noor Nabila Akan Timbang Lauk...

    Rajin Memasak Tetapi Makan Perlu Sukat Dahulu, Noor Nabila Akan Timbang Lauk Dan Jamah 100 Gram Sahaja Makanan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kenyataan yang mengatakan kehidupan bermula apabila usia memasuki angka 40 mungkin mampu membuat lelaki tersenyum nakal, namun bagaimana pula dengan wanita?

    Memasuki alam 40-an bagi sesetengah wanita mungkin perkara yang paling digeruni. Ramai mula memikirkan mengenai kedutan di wajah yang semakin ketara, uban yang kian bertambah malah tidak kurang juga mula berasakan mereka tidak lagi kelihatan menarik apabila bentuk badan sudah berubah.

    Pendek kata, apabila memasuki usia itu sesetengah wanita enggan berhias indah, berasa rendah diri malah lebih membimbangkan apabila membiarkan diri terus kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

    Oleh itu, kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila mendedahkan rahsia dirinya kekal langsing pada usia mencecah 40 tahun adalah dengan menyukat makanan menggunakan menggunakan penimbang elekronik.

    Perkara tersebut didedahkan rakan karibnya merangkap pempengaruh media, Rosix Omar yang menyatakan ibu kepada seorang anak itu menyukat lauk berupa ikan selaku sumber protein.

    “Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni, dia makan kena ada penimbang,” katanya dalam perkongsian video dalam TikTok.

    Dalam hantaran berkenaan kelihatan Nabila sedang menimbang lauk di atas penimbang elekronik yang dikatakan hanya perlu setakat 100 gram.

    “Kenalah guna penimbang,” ujar wanita berusia 40 tahun itu menyambut usikan sahabatnya.

    Dalam perkongsian itu, Rosix menunjukkan pelbagai jenis hidangan bertutup tudung saji di atas mega selain kelihatan alat penimbang kecil milik Nabila.

    Menurut Rosix lagi, rakannya itu memang gemar mengajaknya menikmati hidangan enak, tetapi dia sendiri hanya menjamah sedikit sebagai alas perut.

    Selain hanya mengambil sedikit saja isi ikan, di pinggan ahli perniagaan terbabit hanya ada sedikit sambal, sayur-sayuran serta separuh genggam nasi putih.

    ALSO READ:  ‘Tiba-Tiba Penyakit Ustaz Kazim Serang Semula Ketika Penggambaran, Darah Keluar Daripada Kulit’

    Rutin diet yang didedahkan itu mengundang komen ramai dengan rata-rata meluahkan perasaan kagum melihat semangat ditunjukkan Nabila untuk jaga badan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts