Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRakaman Hanya Ambil Masa Tiga Jam Sahaja, Puteri Khareeza Tunjuk Bakat ‘Sebenar’

    Rakaman Hanya Ambil Masa Tiga Jam Sahaja, Puteri Khareeza Tunjuk Bakat ‘Sebenar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan juga pelakon berbakat besar Puteri Khareeza teruja dengan buah tangan terbaharu ‘Sebenar’ yang merupakan single kelima beliau bersama Alternate Records.

    Menjadi OST Untuk Drama Terbaru

    Lagu ini juga menjadi lagu runut bunyi (OST) bagi drama Khilaf Yang Tertulis, yang sedang hangat ditayangkan di slot Akasia TV3.

    Saksikan ‘Khilaf Yang Tertulis’ setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim juga melalui Tonton di www.tonton.com.my , muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Lagu ‘Sebenar’ yang dinyanyikan oleh Puteri Khareeza membawa genre pop balada dengan sentuhan elemen rock bersesuaian dengan suara serak basahnya.

    Hasil ciptaan komposer dan penulis lirik Omar K dan Firdaus Rahmat, yang juga merupakan kawan bagi Puteri Khareeza, membawa kelainan dari segi ‘feel’ apabila didengar oleh penonton sebagai lagu runut bunyi drama Khilaf Yang Tertulis ini.

    Hanya Mengambil Masa 3 Jam

    via Media Prima Television Networks

    Puteri Khareeza berkongsi bahawa rakaman hanya mengambil masa tiga jam sahaja.

    Menurut beliau, lagu ini menceritakan tentang penderitaan hidup seorang individu yang sengsara atas kebahagiaan orang lain.

    Walaubagaimanapun individu ini tetap teguh berdiri pada paksi cinta yang sebenar.

    Yang menarik, tempoh pembikinan Lagu ‘Sebenar’ ini mengambil masa yang sangat cepat iaitu dua (2) hari, menjadikan proses pembikinan lagu yang terpantas yang pernah dilakukan oleh komposer Omar K.

    Omar K berpendapat bahawa Puteri Khareeza mempunyai ton suara yang sangat istimewa dan sesuai untuk membawakan lagu ini.

    Bukan OST Pertamanya

    Sebelum ini, Puteri Khareeza juga pernah membawakan lagu OST bagi drama slot Akasia ‘Melur Untuk Firdaus’ yang melonjakkan nama beliau sekali gus lebih dikenali di dalam industri musik tanah air.

    ALSO READ:  Panasonic Perkenal Lumix S9, Kamera Mirrorless ‘Full-Frame’ Dengan Harga RM7,599

    Lagu tersebut, yang juga merupakan single pertamanya ‘Duka Sebalik Tawa’ berjaya mendapat sambutan luar biasa dan memperoleh 475 juta tontonan di platform Tik Tok, 5.4 juta di Youtube dan 2.4 juta di setiap aplikasi penstriman dalam talian antaranya Spotify.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ‘Sebenar’ nyanyian Puteri Khareeza yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian.

    Ayuh saksikan Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda bermula 27 Mei 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my , muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts