Dunia hiburan sekali lagi digemparkan apabila pelakon terkenal Nur Fazura bertindak memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Fattah Amin.
Semangat buat Fazura
Susulan itu, wargamaya mula berkampung di Instagram Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40.
Menerusi komen yang ditinggalkan pada hantaran terbaharu aktres itu, dapat dilihat warganet memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Warganet berharap Fazura dan Fattah kuat mengharungi ujian dan badai yang melanda rumah tangga mereka.
Tidak hanya itu, wargamaya juga berdoa agar perkahwinan yang dibina selama tujuh tahun itu masih dapat diselamatkan.
Selain wargamaya, turut dilihat beberapa rakan artis seperti Fasha Sandha, Mimi Lana dan Nad Zainal turut menitipkan kata-kata semangat buat Fazura.
Terdahulu, media melaporkan Fazura sudah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.