Buat yang mengenali Salman Khan, aktor ini tak dinafikan terkenal dengan sifat barannya. Dakwaan ini dibuktikan apabila rakannya, Mika Singh, penyanyi, mendedahkan aktor itu akan menjadi berang apabila panggilan telefonnya tidak dijawab, lebih-lebih lagi pada lewat malam.
View this post on Instagram
“Jika awak terlepas panggilannya pada pukul 2 atau 3 pagi, dia akan marah. Dia tak pernah fikir sama ada orang lain mungkin sedang tidur ketika itu.”
Kongsinya lagi, Salman pernah menelefonnya pada tengah malam ketika Mika berada di Bali, Indonesia. Panggilan tersebut hanyalah untuk berbincang mengenai lagu ciptaan penyanyi itu yang berjudul “Hangover”.
View this post on Instagram
Dedahnya lagi walaupun Salman mempunyai tabiat pelik yang tak boleh diterima oleh sesetengah orang, Mika menghargai persahabatan mereka.