Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRakan Selebriti Beri Respon Isu ‘Backstage’ Konsert Siti Nurhaliza -“Marahlah Saya Kak...

    Rakan Selebriti Beri Respon Isu ‘Backstage’ Konsert Siti Nurhaliza -“Marahlah Saya Kak Iti..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini menjadi bualan selepas tular momen belakang pentas pada rakaman Konsert Sebuah Epitome- Saya Siti Nurhaliza membuatkan ramai yang menyangka dia sedang marah ketika bersiap sebelum memasuki pentas.

    Wajah Cuak & Cemas

    Jelas Siti menerusi hantaran di Instagram, ear monitor sangat penting kepada seseorang penyanyi untuk mendengar dan suara dan muzik, serta meminta orang ramai untuk tidak terlalu mengambil serius terhadap momen berkenaan.

    “Saya tak sangka pula, momen belakang pentas yang disiarkan dalam Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza mendapat perhatian dan dijadikan berita serta dikongsikan, ada yang kata saya marah (reaksi dan mimik muka dalam video tersebut tanpa suara).

    Bila baca komen, alaaa..Janganlah ambil serius sangat tau, saya tak marah pun, tu muka saya cuak atau cemas, anda boleh tengok berapa saat je LED tu akan terbuka dan saya kena menyanyi. Bayangkan kalau ear monitor yang saya pakai tak on atau dibuka. Ear monitor ini sangat penting kepada seseorang penyanyi untuk mendengar suara dan muzik.”-Jelas Siti

    View this post on Instagram

    A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

    “Marahlah Saya Kak iti…”

    Menjengah ke ruangan komen, barisan rakan selebriti seperti Lah Ahmad, Dayah Bakar, Tony Eusoff. Norman Goh, Erry Putra, Yuna, Heliza Helmi dilihat memberikan respon terhadap penjelasan Siti, malah ada yang turut menyatakan bahawa dirinya tidak kisah andai dimarahi penyanyi bersuara lunak itu.

    “Marahlah saya Kak Iti, kalau ini dikatakan marah, Salute to you, for always being professionals and also sentiasa menjadi seorang figura yang membumi. Love you ❤️.”-Dayah Bakar

    “Aaaa check ear monitor cepat!! 😩😩❤️.”-Yuna

    “Hehehhee…we love you ctdk.”-Sharifah Shahirah.”

    “Ya Allah kenapa marah pun rasa lemak merduuuu.”-Heliza Helmi

    “Ear monitor penting bila kat atas pentas, kalau org lelaki senang nak adjust kalau perempuan memang perlu orang lain adjustkan. Apapun u are the best @ctdk 🤲🏼.”-Lah Ahmad

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] Konsert Cipta M.Nasir Bikin Axiata Arena Bergema Penuh Magis! Momen PMX Terima Pulut Kuning Sempena Hari Lahir Sorot Perhatian



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts