Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRakan Selebriti & Peminat Titip Kata Semangat Buat Jovian & Nina Ismail...

    Rakan Selebriti & Peminat Titip Kata Semangat Buat Jovian & Nina Ismail Sabri-“Tak Semua Penceraian Berakhir Dengan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie tampil mendedahkan bahawa dia sudah bercerai dengan isterinya, Nina Sabrina Ismail Sabri setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga.

    Berpisah Selepas 10 Tahun Berkahwin

    Jovian, menerusi hantarannya di Instagram malam tadi menyatakan bahawa dia dan Nina tetap bersahabat baik dan mengutamakan kebahagiaan puteri tunggal mereka, Jeanelle Nika biarpun sudah berpisah.

    “Pada Ogos, kami telah membuat keputusan untuk menamatkan perkahwinan yang berusia 10 tahun atas sebab yang kami percaya adalah yang terbaik. Memastikan kebahagiaan Jeanelle kekal sebagai keutamaan kami, kami telah melakukan yang terbaik.

    Semalam, kami mengadakan sesi live di TikTok, dan tersentuh dengan komen-komen anda mengenai kami. Kami tidak mungkin membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hidup selama hampir sedekad.”-tulis Jovian di Instagram

    Rakan Selebriti & Netizen Titip Kata Semangat

    Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti termasuklah Nur Fazura, Mira Filzah, Tya Arifin, Daiyan Trisha, Nora Danish dan ramai lagi dilihat memberikan kata-kata semangat buat Jovian dan Nina. Malah, ada yang turut meluahkan rasa sebak dengan berita penceraian pereka fesyen bersama anak perempuan Bekas Perdana Menteri kesembilan ini.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts