Sebelum ini, seorang individu yang dipercayai rakan kepada Shuk tampil memberikan respon terhadap dakwaan Fara menerusi hantaran di Instagram (IG).
Terbaru, individu yang sama tampil mendakwa Fara pernah bergaduh dengan Shuk semasa mereka sedang mencari rezeki di Singapura.
Keluar booth jalan kaki, nak balik naik bas
Menurut individu yang dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai, tahap kemarahan Fara pada masa tersebut didakwa tidak boleh berbincang.
Dekat Singapura si F tu pernah marah dekat Shuk sebab saya berada di depan booth Shuk tolong meniaga nasi kerabu. Tahap marah dia tu sampai keluar booth halan kaki dan nak balik naik bas. Padahal saya depan booth tu tolong meniaga barang Shuk.
Dia tolong masak dekat dalam. Shuk bisik dekat saya dengan rasa sedih. ‘Raje minta maaf, duduk dulu dekat booth lain, abang tak nak kecoh atau gaduh dekat sini’. Macam itu cakap Shuk backup member? Member sendiri pun dia suruh pergi untuk jaga hati isteri.
Tambah Raje, kes tersebut berlaku pada tahun lepas dan perkara yang sama berulang tahun ini.
Sebelum ini kami diam sebab malas nak layan perempuan itu. Tapi kali ini memang kami susah nak diam. Dekat Singapura tempat kami cari rezeki bukan tempat cari pasal.