Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRakyat Malaysia Bangga, Rupanya Lagu Anuar Zain Dan Man Bai Antara Lagu...

    Rakyat Malaysia Bangga, Rupanya Lagu Anuar Zain Dan Man Bai Antara Lagu Kesukaan Putera Mateen Dan Dayang Anisha

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seolah-olah menonton cerita dongeng apabila dapat menyaksikan kisah cinta pasangan mempelai diraja yang begitu indah akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri yang disaksikan jutaan penonton di seluruh negara.

    Mana tidaknya semua wanita pasti terpesona memandang sosok kacak sang Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah yang berwajah tampan dan kehidupan penuh bergaya, dibaluti kemewahan dan paling diminati di Asia.

    Justeru, membuatkan ramai teruja serta tidak kurang ‘cemburu’ dengan wanita pilihannya apabila beliau diumumkan menamatkan zaman bujang.

    Ini kerana akhirnya, Pengiran Muda ini memilih Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah sebagai pasangannya dan istiadat perkahwinan mewah pasangan diraja dilangsungkan selama 10 hari bermula 7 Januari lalu.

    Perasaan bangga bukan sahaja terlahir daripada seluruh rakyat Brunei malah penyatuan dua hati pasangan diraja ini turut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

    Bangga. Itu emosi yang dirasai pengguna media sosial apabila melihat beberapa lagu popular milik penyanyi tanah air menjadi pilihan peribadi Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah pada Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Brunei.

    Paling membuatkan ramai teruja, sebanyak empat buah lagu milik penyanyi tanah air tersenarai dalam 28 buah lagu pilihan pasangan pengantin iaitu Dia nyanyian Datuk Sheila Majid, Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Di Akhir Garisan serta Kau Ilhamku (Man Bai).

    Selain tiga lagu tersebut, lagu irama tradisional, Pandang Pandang Jeling Jeling nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Allahyarham Tan Sri S.M Salim turut dimainkan secara instrumental malam tadi.

    Menerusi beberapa foto tular dalam media sosial, 28 buah lagu tersebut dimainkan oleh Orkestra gabungan daripada Radio Televisyen Brunci (RTB) beserta pemuzik-pemuzik terlatih dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunci, Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan termasuk penyertaan bakat-bakat muda.

    ALSO READ:  Hanya ‘Follow’ Khairul Aming Di TikTok, Netizen Puji Tun Mahathir ‘Support’ Anak Melayu

    Rata-rata netizen teruja dan tidak menyangka pasangan pengantin berkenaan meminati lagu Sedetik Lebih dan Kau Ilhamku yang dilihat sangat sesuai dimainkan pada majlis perkahwinan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts