Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 11, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRamai Aktor Senior Team Fattah, Esma Daniel Beri Nasihat Kepada Fattah Amin...

    Ramai Aktor Senior Team Fattah, Esma Daniel Beri Nasihat Kepada Fattah Amin Untuk “Move On”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Aktor senior Esma Daniel baru-baru ini mencuri perhatian ramai dengan hantaran penuh makna di akaun Facebooknya mengenai kemelut rumah tangga Fattah Amin.

    Dalam perkongsian tersebut, Esma, yang juga merupakan juara Hero Remaja 1991, memberikan nasihat berharga kepada Fattah setelah pengumuman perceraian beliau dengan Nur Fazura.

    Bersama foto mereka, Esma menulis, “Relaks Fattah. Bunga bukan sekuntum. Namun jika bunga sekuntum itu terlalu harum untuk dilupakan, hargailah kenangannya. Namun jangan biarkan ia (benda lama) menghalang kita daripada teruskan hidup dan mencari kebahagiaan baharu. Amanat tetap perlu dijaga meskipun jalan hidup berubah.”

    Kata-kata Esma ini bukan sahaja memberikan sokongan kepada Fattah, tetapi juga mencerminkan pengalamannya sendiri.

    Dengan latar belakang sebagai individu yang pernah melalui dua episod perceraian pertama dengan aktres Sherie Merlis pada tahun 1997 dan yang kedua dengan Nitra Sari pada tahun 2016, Esma mempunyai pandangan yang mendalam mengenai kehidupan selepas perceraian. Kini, beliau bahagia dengan isteri barunya, Nur Atira, yang dinikahi tahun lalu.

    Perceraian Fattah Amin dan Nur Fazura, yang sah berlangsung di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari, telah menarik perhatian meluas daripada media dan masyarakat.

    Sejak berita ini tersebar, ramai selebriti tempatan tampil memberikan sokongan kepada Fattah, termasuk Pekin Ibrahim, Ellie Suriaty, Keena Mentor, dan banyak lagi.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,228FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts