Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRamai Bengang Dengan Kempen ZARA, Rupanya Sebelum Ini Pereka Fesyennya Pernah Buat...

    Ramai Bengang Dengan Kempen ZARA, Rupanya Sebelum Ini Pereka Fesyennya Pernah Buat Hal!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nampaknya netizen seluruh dunia menyerang akaun rasmi ZARA, yang merupakan salah satu jenama fesyen paling terkenal di dunia. Kempen terbaru ZARA yang dilancarkan bertajuk “Koleksi ZARA ATELIER, The Jacket” itu ternyata mengundang kemarahan ramai.

    Foto kempen itu menjadi kontroversi kerana dianggap menghina keadaan di Gaza yang  tengah mengalami Genosida. Kemudian ZARA segera memadamkan beberapa gambar kontroversi itu daripada laman Instagram rasminya.

    ZARA berkata, fokus utama kempen itu adalah untuk menunjukkan keserbagunaan pakaian dalam pelbagai situasi. Bagaimanapun, elemen yang digunakan oleh ZARA untuk gambar dianggap tidak sesuai oleh netizen dari pelbagai negara.

    Ramai netizen beranggapan ZARA mempersendakan keadaan yang berlaku di Gaza Palestin melalui postingnya.

    Seperti yang diketahui, perang antara Israel dan Palestin masih belum berakhir. Korban semakin meningkat daripada pelbagai golongan. Kanak-kanak, warga emas, kakitangan perubatan, malah wartawan menjadi mangsa.

    ZARA terus senyap!

    Vanessa Perelman

    ZARA masih belum mengulas secara rasmi mengenai kontroversi yang sedang berlaku, walaupun pengguna media sosial telah berkongsi imej kempennya dan mengkritik  rekaan baharu itu.

    Rupanya sebelum ini, Vanessa Perelman, ketua pereka jenama pakaian terkenal dari Sepanyol ini mencetuskan kontroversi ketara.  Dia membuat kenyataan penuh kebencian terhadap rakyat Palestin dalam perbualan dengan seorang model fesyen Palestin, Qaher Harhash menurut laman JTA.

    Kemudian, model fesyen itu mendedahkan perbualan di media sosial, di mana Perelman mempertahankan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin. Malah menyalahkan rakyat Palestin di Gaza yang disifatkannya sebagai pengganas, dan menyerang umat Islam .

    Walaubagaimanapun ZARA telah mengecam dan kesan tindakan Perelmen.

    “Kami mengecam komen Perelmen yang tidak mencerminkan nilai teras kami saling menghormati antara satu sama lain, dan kami kesal dengan kesalahan yang mereka lakukan,” kata Zara dalam satu kenyataan mengenai kata-kata Perilman.

    Perilman telah meminta maaf kepada Harhash dalam mesej peribadi di Instagram, mengatakan dia bercakap kerana “kemarahan” atas dakwaan kejam terhadap Israel semasa dan selepas pertempuran 11 hari dengan Hamas.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts