Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentRamai Dedah Datuk Red Pernah Bantu Ketika Susah – ‘Kami Tolak Motor...

    Ramai Dedah Datuk Red Pernah Bantu Ketika Susah – ‘Kami Tolak Motor Sebab Minyak Habis, Dia Hulur RM200 Dekat Tangan Anak Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    redred

    Sejak minggu lalu suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu mendapat perhatian warganet susulan pengakuannya yang kini sedang berdepan dengan masalah kewangan dan terdesak mencari pekerjaan.

    Berkat sedekah

    redred

    Menerusi pendedahan yang dimuat naik di TikTok, rata-rata warganet berkongsi pertolongan dan sumbangan yang pernah dihulurkan oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red kepada mereka.

    Dalam masa yang sama, mereka berkata peluang pekerjaan yang diterima oleh Datuk Red ketika ini adalah balasan di atas kebaikan yang dilakukannya sebelum ini.

    Kau pernah belanja aku isi minyak zaman main Y15 dekat Senawang. Aku doakan kau dipermudahkan urusan dunia akhirat.

    Dia pernah tolong saya juga, RM200 dia bagi dekat tangan anak saya. Masa itu kami tengah tolak motor, minyak habis dalam perjalanan dari hospital.

    Sampai hari ini aku ingat abang ni pernah tolong kawan aku masa dekat lebuh raya Karak, kawan tengah susah break down, dia hulur RM500.

    Saya takkan lupa kebaikan dia sebab pernah tolong tukar tayar pancit, tengah malam waktu tu.

    Dalam pada itu, warganet juga turut menyifatkan Datuk Red sebagai seorang insan yang pemurah dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

    Masya-Allah baiknya Datuk Red, tak mustahil sekarang dia susah ramai yang nak tolong dia asbab kebaikan dia.

    Allah tak pernah tidur, dulu masa dia senang dia tolong ramai orang. Sekarang Allah uji dan Allah datangkan ramai orang.

    Walaupun aku tak kenal siapa pun dia, tapi mesti ada sesuatu yang dia amalkan waktu dia senang dulu.

    Terdahulu, Datuk Red mengenepikan perasaan malu dengan gigih mencari pekerjaan setelah mendedahkan bahawa dirinya telah diisytiharkan muflis dan menanggung hutang yang banyak.

    ALSO READ:  [VIDEO] Syafiqa Melvins Hamil Anak Ketiga, Netizen Persoal Tentang Umur – ‘Ingat Aku Tua Sangat Ke?’

    Dalam perkembangan lain, Adira dan Datuk Red gagal mencapai kata sepakat menerusi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraian mereka.

    Dalam prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

    Pada 25 Oktober lalu Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

    Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.

    Manakala isteri pertamanya, Datin Red turut memfailkan penceraian pada Januari lalu. Mereka juga dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts